Ramai diantara kita yang menyimpan hasrat untuk melancong ke overseas. Namun begitu, tidak dapat dinafikan, melancong ke luar negara sememangnya memakan perbelanjaan yang agak besar.

Disebabkan faktor tersebut, ramai yang terpaksa membatalkan hasrat untuk melancong ke luar negara.

Jangan risau. Team Deenamik kali ini ingin berkongsi kepada anda beberapa tempat menarik di Malaysia ala-ala overseas yang boleh membuatkan anda feel seperti di luar negara.

#1. Desa Cattle Dairy Farm- Kundasang Sabah

overseas

Kalau rasa nak pergi ladang ternakan tenusu ala-ala New Zealand, anda boleh pergi ke Desa Cattle Dairy Farm. Untuk pengetahuan anda, ladang ini dibuka pada setiap hari dan yuran masuknya juga amat murah, iaitu hanya RM5 sahaja.

Dengan harga yang murah, anda boleh bergambar berlatar belakangkan pemandangan yang cantik dan indah dengan sepuas-puasnya seperti di overseas.

Setelah penat menjelajah di padang ragut dan melihat ternakan yang dijaga dengan baik ini, anda juga berpeluang untuk menikmati susu segar dan yogurt asli yang dihasilkan dan dijual oleh penduduk tempatan sendiri.

#2. Pantai Sasaran- Kuala Selangor

overseas

Pernah dengar tentang Salar de Uyuni, Bolivia? Salar de Uyuni merupakan cermin alam yang terbesar di dunia.

Untuk pengetahuan anda, Malaysia juga memiliki Salar de Uyuni iaitu di Pantai Sasaran, Kuala Selangor. Ia merupakan pantai yang diliputi oleh lapisan air laut yang sangat nipis di atas permukaan air yang rata sehingga mampu memberi kesan seperti cermin.

Persis di overseas, apabila berdiri di permukaan air pantai ini, anda seolah-olah berada di atas sekeping cermin yang sangat cantik.

Sedikit informasi tambahan untuk anda, jika ingin mendapat gambar dan kesan cermin yang begitu cantik, anda digalakkan untuk berkunjung ke sini ketika awal bulan baru dan bulan purnama kerana paras air ketika itu dikatakan sangat sempurna.

BACA JUGA :   Inilah Lokasi Percutian Menarik Di Malaysia Yang Anda Tidak Tahu Lagi

#3. Kellie’s Castle- Perak

overseas

Kellie’s Castle merupakan sebuah istana yang sangat cantik dan unik. Istana persis di overseas ini merupakan milik salah seorang warga Scotland, Willian Kellie Smith.

Istana ini mula dibina pada 1905 dan masih lagi berdiri teguh di puncak bukit. Ramai yang memanggil istana ini sebagai Taj Mahal Malaysia, yang mana bangunan ini dibangunkan hasil daripada bukti cinta seorang suami terhadap isterinya.

Bangunan cantik ini dibina dengan menggunakan putih telur, gula merah dan madu oleh buruh mahir yang diimport dari Madras, India.

Walaupun pembinaan istana ni telah terhenti akibat faktor-faktor tertentu namun ia masih lagi menjadi tarikan pelancong dari dahulu hingga kini.

#4. Avani Sepang Resort- Selangor

overseas

Jika anda ingin melancong dan menginap di resort terapung ala-ala overseas di Madives, jom berkunjung ke Avani Sepan Resort.

Resort ini betul-betul menghadap ke laut dengan kemudahan dan infarstruktur yang cukup sempurna dan selesa.

Pelbagai pilihan tempat makan, spa, kolam renang untuk kanak-kanak dan golongan dewasa membuatkan sesiapa yang berkunjung ke sini pasti ingin datang semula.

#5. Japanese Village- Pahang

overseas

Japanese Village merupakan sebuah taman landskap yang berkonsepkan tema Jepun. Untuk pengetahuan nada, taman ini adalah hasil daripada ilham salah seorang arkitek Jepun yang bernama Kaio Arrizumi.

Salah satu faktor utama yang menyebabkan Ariizumi mencipta taman landskap ini adalah untuk menarik minat para pelancong yang suka akan keindahan kehijauan hutan tropika.

Anda boleh merasai suasana perkamopungan Jepun, dengan memakai pakaian tradisional Jepun serta bermesra dengan ikan-ikan koi yang jinak.

BACA JUGA :   Destinasi Eko-Pelancongan Kelip-Kelip Di Malaysia

#6.  Homestay Mabro Village- Melaka

overseas

Jika Australia mempunyai hotel-hotel berwarna-warni dan comel, Malaysia juga mempunyai homestay yang yang berwarna-warni dengan ‘A-shape’ yang unik di Melaka.

Homestay comel ini boleh memuatkan enam orang dalam satu rumah dengan pelbagai kemudahan yang selesa.

Ruang tamu rumah dilengkapi dengan sofa dan televisyen untuk anda beristirehat. Dapur juga dilengkapi dengan pinggan mangkuk, peti sejuk dan microwave untuk memudahkan anda memasak makanan.

#7. Colmar Tropicale- Pahang

overseas

Bukit Tinggi sememangnya mempunyai banyak tempat menarik ala-ala luar negara. Kalau anda teringin untuk berkunjung dan bergambar berlatar belakangkan bangunan di Perancis, jom berkunjung ke sini.

Colmar Tropicale akan membuatkan anda seperti berada di la petite france strasbourg.

Ia dipenuhi dengan bangunan bandar lama dengan binaan kayu dan senibina yang unik seperti di salah sebuah perkampungan di Perancis pada abad ke-16.

#8. Astaka Morocco- Putrajaya

overseas

Siapa yang gemarkan konsep binaan bangunan dari Timur Tengah, bolehlah berkunjung ke Astaka Morocco.

Ukiran pada dinding dan pintu bangunan ini dikatakan sangat unik dan membuatkan anda seolah-olah berada di Morocco.

Astaka Morocco juga sering dijadikan tempat pilihan untuk mereka yang ingin membuat wedding ataupun graduation photoshoot untuk mendapatkan gambar yang cukup elegan dan nampak mewah.

overseas

Oleh itu, jangan lupa untuk meletakkan senarai tempat di atas di dalam wishlist anda untuk destinasi travel yang seterusnya. Anda bukan sahaja dapat travel dengan perbelanjaan yang menjimatkan tetapi juga dapat menikmati susasana ala-ala overseas. Semoga bermanfaat!

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here