Bermula pada tanggal 24 September 2018, kesemua pelajar tahun enam telah mula menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah masing-masing.

Namun begitu, nasib malang telah menimpa seorang pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan Sawah Dato, Mersing apabila calon hanya sempat menduduki peperiksaan pada hari pertama sahaja.

Waktu kejadian 5:15 petang di mana mangsa dikenali sebagai Mohd Faiz Hatim, 12 meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Daerah Mersing, Johor.

Mangsa merupakan pelajar tahun akhir di Sekolah Kebangsaan Sawah Dato Mersing. Kredit Foto: oocities

Menurut sumber Sinar Harian, mangsa bersama empat lagi rakannya telah membaling kayu pada pokok kelapa untuk mendapatkan buahnya. Namun begitu, hasrat mereka tidak kesampaian apabila sasaran sebaliknya terkena pada sarang tebuan.

Akibat serangan daripada tebuan semasa kejadian, kesemua mangsa bertindak melarikan diri dan dua daripada mereka dikejarkan ke Hospital Daerah Mersing, Johor untuk rawatan lebih lanjut. Kedua –dua mangsa telah dibawa ke hospital oleh ahli keluarga masing-masing.

BACA JUGA :   TERLALU BANYAK CUTI, KEPUTUSAN UPSR KELUAR LEWAT
Mangsa manerima rawatan lanjut di Hospital Daerah Mersing. Kredit foto: Information directory.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, susulan kejadian tersebut, salah seorang daripada mangsa meninggal dunia manakala seorang lagi masih menerima rawatan. Tiga pelajar yang lain selamat dan hanya mengalami cedera ringan dan kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.

Pesana daripada kami bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan mahupun mana-mana individu, perlulah mengutamakan keselamatan disampaing mengamalkan sikap berhati-hati.

Buat calon UPSR, terus pulang ke rumah dan buatlah persiapan untuk menghadapi peperiksaan yang seterusnya. Tak perlulah merayau ke tempat yang tak sepatutnya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

BACA JUGA :   PT3 Dibatalkan Tahun Ini Dan UPSR Dimansuhkan Bermula 2021!

“Bertahun muka penuh jeragat. Asal stress je, mulalah jerawat nak naik dengan subur. Tapi lepas pakai Bio Action Miracle, segala macam jeragat dan jerawat hilang terus daripada muka ni…!!”

Bio Action Miracle, teman terbaik seorang wanita untuk menghilangkan jeragat dan jerawat di muka dan memastikan kulit muka sentiasa segar dan lembap.

Pilihan yang terbaik dan berkualiti daripada Jamu Ratu Malaya. Dapatkannya melalui pautan ini:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here