Siapa saja yang tak suka makan budu. Lagi-lagi kalau yang berasal daripada Kelantan dan negeri sekitarnya. Kata orang, sebab makan budu hari-harilah perempuan Kelantan ni cantik-cantik dan lawa-lawa belaka (Termasuk yang tukang tulis artikel ni. Hiks!).
Biasanya, budu ni dijual dalam bentuk cecair dalam botol kaca atau botol plastik. Ada juga yang mengusahakannya secara kecil-kecilan di rumah sendiri. Biasanya makanan yang diperam ini mempunyai aroma kuat yang jadi sebab tak ramai yang suka.
Untuk membolehkan makanan ini dikormesialkan dengan lebih mudah, penyelidik Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan (PPTSM) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia (FRIM) memulakan usaha untuk menginovasikan makanan tradisi ini.
Inovasi yang dimaksudkan adalah menjadikan budu ini lebih mudah untuk dibawa dengan menjadikan ia dalam bentuk serbuk. Serbuk? Hah? Lain macam benar inovasi ni. Budu serbuk ini juga dikenali dengan nama komersial Debudu (cuba sebut banyak kali).
Menurut ketua penyelidiknya Dr. Fisal Ahmad, aroma budu itu sendiri dan pembungkusannya menjadikan budu susah untuk dikormesialkan. Budu dalam bentuk serbuk ini lebih mudah dibawa, jimat ruang, dan boleh dipelbagaikan lagi kegunaannya.
Macam Mana Budu Ni ‘Diserbukkan’?
Budu ini ditukarkan kepada bentuk serbuk menggunakan Ultra Sonic Spray Dried, mesin yang sama digunakan untuk menghasilkan susu tepung. Serbuk budu yang dihasilkan boleh dibancuh dengan air tanpa mengubah rasa dan kualiti.
“Budu ditapis dan dicampur dengan maltodektri, iaitu sejenis bahan yang boleh mengekalkan perisa dan membantu pembentukan pepejal serbuk budu semasa proses pengeringan berlaku. Larutan tersebut akan disedut masuk melalui bahagian kepala semburan mesin yang akan menukar cecair tadi kepada bentuk semburan halus”
Errr…, okey. Boleh faham sikit-sikit (kot?).
Inovasi budu serbuk ini juga mendapat sokongan daripada Jabatan Perikanan Malaysia yang memberikan bantuan geran sebanyak RM100,000.
Boleh Digunakan Sebagai Serbuk Perasa.
Nak tahu apa lagi yang lebih menarik pasal serbuk budu ni? Ia boleh digunakan sebagai serbuk perasa. Guna untuk tabur atas daging masa BBQ atau tambah dalam apa-apa masakan yang sesuai (dah kecur air liur ni!)
Ada sesiapa hantu budu kat sini? Anda nak beli ke budu dalam bentuk serbuk ni kalau ia dijual? Kongsikan Pendapat anda.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Minum air coklat dah boleh kurus?! Rasa lapar pun dah kurang?!
Ini bukan benda krut tapi realiti!
Chocolate Fiber Life keluaran Jamu Ratu Malaya merupakan minuman coklat yang boleh membantu anda untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga.
Satu produk pelbagai khasiat. Sudah ramai yang berpuas hati dengan produk ni. Dapatkannya melalui pautan ini:
Facebook : Stokis JRM Johor
Instagram : @jamuratumalaya_johor
WhatsApp :
https://www.wasap.my/60132002695
https://www.wasap.my/60132882695