Dalam masa 24 jam selepas tersingkir dalam saingan Piala AFC bawah 16 Tahun, ketua jurulatih skuad muda Lim Teong Kim dipecat serta merta. Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak nafikan perasaan duka cita apabila pemain Malaysia tidak dapat beraksi pada tahun depan.

Lim Teong Kim, 55 merupakan anak kelahiran Melaka yang pertama beraksi di Eropah. Beliau beraksi pada musim pertama sahaja di bawah Hertha BSC di German. Ini menunjukkan bahawa anak Malaysia boleh!

YB Syed Saddiq. Sumber: New Straits Times

Terkini, disebabkan kegagalan jurulatih itu membawa nama Malaysia ke Piala Dunia bawah 17 Tahun 2019 di Peru. Menurut Syed Saddiq selaku Menteri Belia dan Sukan, Teong Kim seharusnya bertanggungjawab atas kekalahan tersebut.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, keputusan pemecatan itu berkuat kuasa serta merta atas arahan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin. Tambahan, keputusan drastik ini dibuat berdasarkan prestasi skuad negara yang tidak melepasi saingan peringkat kumpulan.

BACA JUGA :   Syed Saddiq Didakwa Seorang Penipu dan Kaki Sembang.
Jurulatih Bawah 16 Tahun, Lim Teong Kim. Sumber: Sinar Harian

“Datuk Hamidin sudah pun mengarahkan Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal memanggil Jawatankuasa Teknikal & Pembangunan Bola Sepak Belia FAM bermesyuarat bersama Pengarah Teknikal FAM, Peter de Roo secepat mungkin untuk membentuk panel pemilihan bagi mencari pengendali baharu skuad B-16 kebangsaan dan cadangan mereka itu akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM untuk diputuskan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Bagaimanapun Stuart menegaskan FAM tidak mengikat sebarang kontrak dengan Teong Kim, sebaliknya jurulatih itu mempunyai perjanjian dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN).

Pasukan bola sepak B-16 di bawah bimbingan Lim Teong Kim. Sumber: Maskulin

Skuad B-16 Malaysia dibarisi kebanyakannya kelompok pertama yang dibentuk menerusi Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) sejak empat tahun lalu.

Skuad negara melakar kemenangan di saingan pembuka tirai dengan menewaskan Tajikistan 6-2, tetapi kemudian tewas 4-2 dengan Thailand dan ditundukkan Jepun 2-0 pada aksi pagi Khamis.

BACA JUGA :   Malaysia Jadi Juara Pertandingan Piala Pastri Dunia 2019

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

“Bertahun muka penuh jeragat. Asal stress je, mulalah jerawat nak naik dengan subur. Tapi lepas pakai Bio Action Miracle, segala macam jeragat dan jerawat hilang terus daripada muka ni…!!”

Bio Action Miracle, teman terbaik seorang wanita untuk menghilangkan jeragat dan jerawat di muka dan memastikan kulit muka sentiasa segar dan lembap.

Pilihan yang terbaik dan berkualiti daripada Jamu Ratu Malaya. Dapatkannya melalui pautan ini:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here