Kevin Systrom, pengasas dan Mike Krieger pengasas bersama bagi sosial media Instagram telah mengumumkan peletakan jawatan mereka dari syarikat itu yang dimiliki oleh Facebook Inc semalam melalui satu blog post yang diterbitkan oleh Systrom.

Systrom dan Krieger tidak mengatakan mengapa mereka mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan mereka tetapi bagaimanapun terdapat sumber mengatakan bahawa ia berpunca daripada masalah yang dihadapi mereka berdua bersama dengan pengasas Facebook iaitu Mark Zuckerberg sejak Facebook mula membeli Instagram pada tahun 2012.

“Saya dan Krieger berasa tidak sabar-sabar untuk mengambil sedikit masa untuk meneroka keingin tahuan dan kreativiti kami semula,” kata Systrom di dalam posting yang beliau keluarkan semalam. Beliau turut mengatakan bahawa mereka bersyukur untuk lapan tahun di Instagram dan enam tahun dengan pasukan Facebook.

Tidak lama selepas berita peletakan jawatan Systrom dan Krieger tersebar, Mark Zuckerberg memberi respon dengan memuat naik kenyataan berhubung isu itu. Zuckerberg mengatakan bahawa beliau ‘sangat gembira’ bekerja bersama Systrom dan Krieger.

BACA JUGA :   JAGA ANAK ANDA! Wanita Ini Berkongsi Detik Cemas Anaknya Hampir Diculik

“Kevin dan Mike adalah pemimpin sebuah produk yang luar biasa dan Instagram mencerminkan bakat kreatif gabungan mereka. Saya telah banyak belajar dan banyak bekerja dengan mereka selama enam tahun yang lalu dan telah benar-benar menikmatinya. Saya berharap mereka berdua yang terbaik dan saya tidak sabar untuk melihat apa yang mereka akan bina seterusnya,” tulisnya.

Ini bagaimanapun bukan kes pertama peletakan jawatan bagi pengasas sesuatu aplikasi yang dibeli oleh Facebook. Systrom dan Krieger turut meletakkan jawatan mengikuti langkah pengasas bersama aplikasi Whatsapp iaitu Jan Koum yang telah dibeli oleh Facebook pada tahun 2014.

Facebook telah membeli Instagram pada tahun 2012 sebanyak $1 bilion (RM3 bilion) yang mempunyai lebih 1 bilion pengguna aktif bulanan dan telah berkembang dengan menambah pelbagai perincian seperti perincian mesej dan video pendek. Pada 2016, mereka menambah lagi perincian seperti ‘post slideshows’ yang akan hilang di dalam masa 24 jam selepas dipost diambil daripada perincian Snapchat yang sangat popular.

BACA JUGA :   YB Syed Saddiq Kena Troll Lagi!

Terdapat pelbagai respon yang diberikan oleh orang ramai kerana bimbang akan masa depan aplikasi Instagram pada masa hadapan dengan peletakan jawatan oleh pengasas dan pengasas bersamanya itu.

 

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Minum air coklat dah boleh kurus?! Rasa lapar pun dah kurang?!

Ini bukan benda karut tapi realiti!

Chocolate Fiber Life keluaran Jamu Ratu Malaya merupakan minuman coklat yang boleh membantu anda untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga.

Satu produk pelbagai khasiat. Sudah ramai yang berpuas hati dengan produk ni. Dapatkannya melalui pautan ini:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here