Sambutan “Hambar” Rakyat Malaysia Pada Hari Pertama SST

0
1283

September kini telah tiba dan sekarang tiba masanya untuk rakyat Malaysia menerima kemunculan semula cukai yang telah lama dimatikan semenjak tahun 2014 iaitu SST atau cukai jualan dan perkhidmatan.

Kembalinya SST ini dalam keluarga cukai yang digunakan oleh kerajaan untuk menjana pendapatan negara dan ia akan menggantikan GST yang telah diperkenalkan pada tahun 2015.

1 september lepas merupakan tarikh rasmi kembalinya cukai yang dahulu membelenggu rakyat tetapi kini telah ‘dihidupkan’ kembali seiring dengan manifesto kerajaan Pakatan Harapan yang telah memenangi pilihan raya umum yang lepas.

Rkyat masih berbeljanja seperti bisa walau pun ada barangan dan servis te;ah dikenakan SST. (Sumber gambar: FMT)

Pada hari pertama diperkenalkan kembali, reaksi yang pelbgai diluahkan oleh semua warga Malaysia daripada pelbagai golongan.

Sebelum ini, pihak Kementerian kewangan dan Jabatan Kastam telah mengeluarkan senarai baranagn yang akan dikenakan GST serta barangan yang akan dikecualikan SST yang terdiri daripada barangan keperluan asas.

Antara keluhan yang diperhatikan adalah tentang mengenai beberapa barangan yang tidak sepatutnya dikenakan SST tetapi turut dikenakan cukaipada kadar sebanyak 6%.

BACA JUGA :   Universiti Terbaik di Indonesia Menawarkan Kemasukan Kepada Pelajar di Malaysia

Perang Resit Di Media Sosial

Orang Malaysia, tak sahlah kalau tak berkongsi segala yang berlaku di sekeliling mereka. Ini termasuklah memuatnaikkan resit pembelian mereka untuk melihat perubahan harga selepas dikenakan SST.

Resit di mana-mana. Rakyat memuatnaik resit yang tertera caj SST dalam pembelian yang dibuat. Sumber gambar: TTKM)

Ada yang mengeluh kerana perubahan harga yang begitu mendadak kerana pertambahan cukai dalam harga makanan dan servis yang dibeli oleh mereka.

Jangkaan Perubahan Harga Dalam Tempoh Sebulan

Harga barangan dijangka akan berubah dalam tempoh sebulan apabila peniaga mula menambah stok barangan yang akan dikenakan SST di peringkat pengilang. (Sumber gambar: The Sunday Daily)

Bagi harga keperluan, tiada perubahan harga yang begitu jelas kerana peniaga masih menggunakan stok barangan lama yang disimpan. Dalam jangkaan tempoh sebulan, harga berkemungkinan akan berubah kerana peniaga akan menambah stok sedia ada.

Pada masa itulah, baru kita boleh melihat perubahan harga yang ketara kerana harga beli stok yang bertambah kerana SST dicaj pada peringkat pengilang. Peniaga yang terpaksa menyerap kos cukai tersebut dan kenaikan harga dijangka boleh dilihat.

Senarai Barang Pun Masih Belum Tetap

Senarai barangan yang dikenakan SST dan barangan yang dikecualikan SST pun masih belum tetap dan dijangka senarai yang lengkap akan dikeluarkan menjelang hujung tahun ini.

BACA JUGA :   COVID 19: Vaksin Percuma Akan Diberi Kepada Rakyat Secara Berperingkat

Apa yang diharapkan, Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Malaysia akan mengambil kira pendapat rakyat Malaysia mengenai harga yang terpaksa mereka bayar kesan daripada pelaksanaan cukai ini.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Kepada semua wanita di luar sana, sekiranya anada ingin mengekekalkan kecantikan dalaman mahupun luaranJUS ROYAL V merupakan produk yang terbaik untuk anda.

Royal V juga merupakan antara hot item dari Jamu Ratu Malaya setakat ini. Testimoni yang diperoleh daripada pengguna juga cukup memuaskan! Apa tunggu lagi?

Kepada wanita yang telah berkahwin, anda pasti akan membuatkan suami semakin sayang terhadap anda setelah amalkan Royal V! Dapatkan Jus Royal V di pautan yang berikut:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here