Kes buang bayi saban tahun makin meningkat dan jelas membawa kebimbangan kepada orang ramai. Ini bukan lagi perkara remah kerana melibatkan nyawa. Individu yang bersalah boleh didakwa disiasat di bawah Seksyen 3197 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan bayi dan berniat membuang bayi berkenaan.

Bayi perlu diletakkan di ruangan yang telah disediakan. Sumber foto: momolili

Berikutan itu, Yayasan Orphan Care telah ditubuhkan sejak 2009 bagi memberi peluang kepada bayi meneruskan hidup. Si ibu hanya perlu meletakkan bayi mereka dan di sebuah ruangan bagi tindakan selanjutnya. Terdapat juga borang yang perlu diisi bagi memudahkan lagi urusan. Identiti si ibu juga akan disembunyikan. Pihak yayasan juga setakat ini turut mendapat permintaan yang tinggi bagi mendapatkan “bayi segera”.

BACA JUGA :   Belangsungkawa Prof. Shaharuddin: Kehilangan Besar Dunia Politik Dan Akademik
Bayi yang tidak berdosa tidak sepatutnya dibuang. Sumber foto: babiessss

Sumber Berita Harian, lebih 3,000 pasangan suami isteri telah memohon bayi di bawah yayasan itu. Pengurusnya, Syarhah Mohamed Tahir permintaan yang tinggi telah diterima namun mereka yang berkelayakan sahaja diiterima sebagai keluarga angkat. Baby Hatch ini bertujuan bagi mengurangkan lagi kes pembuangan bayi namun kesedaran orang awam masih lagi diperingkat rendah. Sebanyak 3,355 permohonan diterima sejak yayasan ini ditubuhkan.

Yayasan yang menyelamatkan bayi yang tidak bersalah. Sumber foto:eblitznet

Lokasi Baby Hatch ini boleh didapati di Petaling Jaya, Johor Bahru, Sungai Petani dan Hospital Pakar KPJ yang terpilih di seluruh negara. Insiden buang bayi tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat. Namun begitu, terdapat juga asbab yang tidak dapat dielakkan seperti dirogol, terlanjur dan sebagainya. Anak muda disarankan untuk menjaga keperibadian diri agar tidak mudah percaya dengan individu yang tidak dikenali.

BACA JUGA :   TANDA BAHAWA BAYI CUKUP SUSU IBU

Untuk tidak terlepas sebarang informasi menarik, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here