Bila teknologi semakin canggih, syarikat kini tidak memerlukan pekerja apabila kecangihan teknologi dapat membantu. Syarikat daripada China tahun lepas telah memperkenalkan kedai tanpa teknologi. Melalui pasaran, syarikat dari China ini telah menyasarkan Korea Selatan, Hong Kong dan Malaysia sebagai permulaan perniagaan pada tahun ini.

Majlis pelancara BingoBox Di Kuala Lumpur baru-baru ini. Sumber foto:goasiaplus.com

Kedai yang dinamakan BingoBox mula mendapat perhatian ramai apabila tiada pekeja akan menunggu anda. Pelanggan perlu melakukan urusan pembelian. Pelanggan juga perlu memuat turun aplikasi Boost bagi proses pembayaran. Pada tahun 2017, syarikat Chen Zilin telah mempromosikan perkhidmatan mereka di Eropah dan lebih 200 cawangan telah dibuka.

Pelanggan perlu membayar di dalam bahagian kotak seperti di dalam gambar sebelum keluar. Sumbrt foto: calist.my

BingoBox juga terdapat di STG Ceylon, Bukit Bintang. Kedai elektronik ini akan beroperasi 24 jam setiap hari. Namun begitu, hanya makanan ringan sahaja yang dijual. Keluasan kedai ini boleh dikatakan tidak terlalu luas namun boleh memuatkan sehingga sepuluh orang pada masa yang sama.

BACA JUGA :   7 Fakta Yang Mengagumkan Tentang Pengasas 99 Speedmart!

Apa akan jadi sekiranya pelanggan keluar tanpa membayar? Sebelum pelanggan keluar dari pintu utama, pelanggan akan diminta untuk berdiri di hadapan monitar bagi mengesahkan bukti pembayaran. Namun begitu, pelanggan masih boleh keluar sekiranya barang yang dibeli tidak dibayar. Pihak BingoBox juga telah menyediakan kamera litar tertutup yang beroperasi selama 24 jam.

BingoBox kini boleh didapati di stesen minyak Shell yang terpilih. Sumber foto: carlist.my

Melalui BingoBox, pihak syarikat telah mengurangkan kos tenaga manusia dan teknologi dapat dipertingkatkan. Oleh itu, bagi pelanggan yang tidak membayar boleh dikenakan tindakan undang-undang. Mengikut pihak pengurusan BongoBox, kemungkinan besar pelanggan akan didakwa dan larangan untuk memasuki BingoBox seumur hidup.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here