Toyota Thailand baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama mereka bersama Adidas Jepun. Ini merupakan kolaborasi buat julung kalinya dalam usaha memasarkan perniagaan mereka. Melalui tema ”Distrupt To Create”, idea ini akan dilakukan sepenuhnya oleh pihak Adidas. Toyota CH-R turut berbesar hati dengan kolaborasi bersama Adidas. Ini secara tidak langsung telah menarik peminat Toyota CH-R dan Adidas bagi melihat koleksi baru ini.

 

Kerjasama terbaru Toyota CH-R Thailand dan Adidas Jepun. Sumber foto: Adidas.

Melalui perbincangan, pihak Adidas telah menampilkan dua warna terhad untuk dimiliki iaitu warna putih dan hitam. Ianya bagi menyamakan dengan warna cat pada kereta CH-R. terdapat pelbagai barang edisi terhad yang dihasilkan antaranya sepasang kasut Adidas, Adizero Japan Boost, jaket Adidas Climate dan beg galas 30 liter. Bagi pilihan kasut, terdapat dua pilihan warna hitam dan putih. Manakal bagi jenis barangan lain hanya menampilkan warna hitam sahaja.

BACA JUGA :   KECOH !!! Ini Sebab Mengapa Berlakunya Insiden Tumbuk-Menumbuk Di Depan Kedai Adidas Suria KLCC
Turut menampilkan warna putih bagi pilihan kasut. Sumber foto: Adidas

Pihak Toyota setakat ini tidak menyatakan lagi bahawa produk mereka akan memasuki pasaran Malaysia. Hal ini memandangakan kerjasama antara dua syarikat ini hanya menghasilkan tidak lebih 1,200 unit dan set barangan Adidas dan CH-R. Ini sudah tentunya bertujuan untuk memberi keistimewaan kepada pemilik edisi terhad Toyota CH-R. Bagi peminat Toyota dan Adidas sudah tentunya tidak sabar untuk memilikinya.

Koleksi kasut bertemakan Dragon Ball Z. Sumber foto: wersm adidas.

Sebelum ini, pihak Adidas telah mengadakan kolaborasi mereka bersama animasi Jepun. Bagi peminat animasi Dreagon Ball Z pastinya sudah mengetahui mengenai perkara ini. Pelancaran ini telah mendapat reaksi positif daripada peminat animasi dari negara matahari terbit ini. Para peminat boleh dapatkan koleksi terkini di cawagan Adidas yang berada berhampiran dengan anda.

BACA JUGA :   Teknologi Robot Super Laju Ini Jadikan Baju Adidas Lebih Murah Dengan Hasilkan 800,000 Baju Sehari

Pastikan anda layari Deenamik.com untuk berita seterusnya. Layari juga sosial media Deenamik dan like FB Page Deenamik.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here