Selepas kejayaan pihak pembangkang menumpaskan parti Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU-14). Pelbagai manifesto telah dijanjikan buat rakyat dan jelas membuat rakyat menjadi “rambang mata” dengan manisfesto yang disediakan.

Pada mulanya, kerajaan baharu mengemparkan rakyat Malaysia dengan beban hutang yang ditanggung negara. Isu ini telah membuatkan pelabur asing tidak berani utuk melabur di Malasyai. Hal ini jelas memberi impak kepada ekonomi dan pembangunan negara.

Perkara ini cuba di atasi oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bersama ahli kabinet yang lain. seperti kita sedia maklum, terdapat pelbagai janji manis yang telah ditaburkan dalam manifesto yang lepas. Namun kini, rakyat berada dalam “tanda tanya” mengenai janji itu.

BACA JUGA :   Pampasan Akan Dibayar Oleh Kerajaan Berkaitan Pemansuhan 4 Tol
Ismail berkata kes kenaikan gaji akan dikaji semula. Sumber: Bernama

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar berkata bahawa kerajaan akan mengkaji semula perlaksanaan inisiatif kenaikan gaji penjawat awam. Sebelum ini, kerajaan pernah menyuarakan hasrat kenaikan inisiatif buat penjawat awam seiring jaji yang telah tertakluk di manifesto PRU-14.

Beliau turut berkata selepas mengambil kira keadaan kewangan negara. Keadaan kewangan negara pada masa kini jelas memberi kebimbangan kepada netizen dan pihak kerajaan khususnya. Tempoh masa akan diambil kira sama ada dalam tempoh setahun atau dua tahun berhubung perkara ini. Selepas itu, barulah keputusan akan dibuat.

Kenaikan gaji amatlah membantu penjawat awam dalam kehidupan seharian.. Sumber: pelaburan emas

“Saya akan tengok balik perkara ini dan berhubung dengan pihak yang boleh membuat keputusan kerana saya tidak berani nak komen lebih,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Bual Bicara Bersama Penjawat-Penjawat Awam Negeri Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini, semalam. Dalam pada itu, Ismail turut memaklumkan kerajaan juga akan kaji semula permasalahan berkaitan jabatan yang mempunyai pertindihan fungsi.

BACA JUGA :   Kini Kerajaan Pula Bercadang Untuk Kenakan Cas Pada Pembelian Atas Talian

“Kita sedang melihat balik selepas penyusunan selesai dan masuk ke fasa kedua. Jika ada pertindihan kita akan kecilkan mengikut kesesuaian.

Sementara itu, kira-kira 1,500 penjawat awam negeri dan persekutuan, badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) hadir ke program berkenaan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here