Para pelancong pastinya teruja untuk ketahui tempat menarik di negeri paling kecil, Perlis. Perlis mempunyai banyak tarikan yang menarik tentang alam semulajadi. Ketahui tempat-tempat menarik ini bagi merancang percutian anda.

#1. TAMAN NEGERI PERLIS

Sumber foto: Encik Pink

Taman Negeri Perlis boleh dilihat dari jauh. Untuk mudah ke sana, tasik ini berada berdekatan dengan Tasik Timah Tasoh. Taman ini berkeluasan 36 km sepnjang sempadan Thailand. Negeri Perlis kaya dengan batu kapur berusia ratusan tahun. di sini juga terdapat batu kapur yang telah dihasilkan 500 tahun dahulu. Antaranya di Gua Wang Burma dan Gua Kelam.

#2. CANOPY WALK SPF AYER KEROH

Tempat ini juga dijadikan sebagai kawasan ekopelancongan. Sumber foto: ras

Nama tempat macam bukan di Perlis bukan? Canopy Walk terletak di FRIM Perlis. Terletak di Mata Ayer, Perlis. Bagi dewasa, bayaran sebanyak RM 5 akan dikenakan dan kanak-kanak pula RM 3. Titian silara ini sebenarnya bertujuan untuk penyelidikan flora dan fauna terutama sekali pokok jati. Di sini, pengunjung dapat melihat pokok jati tertua di Semenanjung Malaysia.

#3. LADANG NIPAH KIPLI

Orang ramai boleh menikmati keenakan air nira di sini. Sumber foto: malaysian traveler

Bagi pelancong ke Perlis, tidak sah kalau tidak rasa air nira. Air nira sangat terkenal bagi penduduk tempatan. Air nira berasal dari pohon Nipah dan mempunyai kebaikan yang tersendiri dan mampu menyembuhkan sakit-sakit seperti lenguh badan.

BACA JUGA :   'Powerbank' Terlalu Panas Jadi Punca Sebuah Kereta Kancil Terbakar

Bagi penggenar nipah, aktiviti berkhemah juga terdapat di sini. Ladang ini terletak di Kampong Tanah Timbul, Sanglang, Kuala Perlis.

#4. TASIK TIMAH TASOH

Pengunjung kini boleh menikmati pemandangan yang indah di Empangan Timah Tasoh. Sumber foto: percutian bajet.

Tasik ini mulanya merupakan empangan yang terbesar di Perlis dan kini dijadikan sebagai tarikan pelancong. Orang ramai boleh berkunjung dan berehat bersama keluarga. Tasik ini pada mulanya pertemuah dua sungai iaitu sungai Timah dan sungai Tasoh. Kawasan ini mula dijadikan sebagai empangan bagi menyediakan bekalan air domestic buat perindustrian serta pengairan buat tanaman padi.

Selain pemandangan tasik yang menarik, tarikan lain yang terdapat di sini adalah dusun buah-buahan yang boleh dinikmati secara percuma semasa musimnya kepada penginap di Tasoh Lake Resort & Retreat.

#5. TAMAN ANGGUR

Sumber foto: perlis shopping hub

Lokasi taman Anggur berhampiran dengan Rimba Herba dan Taman Ular dan Reptilia. Kawasan ini sesuai dijadikan lokasi lawatan sambal belajar. Melalui lanskap yang menarik, terdapat juga tasik-tasik yang mempunyai pulau-pulau kecil. Suansana ini mampu menarik perhatian pengunjung dan memberi ketenangan.

BACA JUGA :   Lokasi Menarik Di Perlis Yang Menjadi Tumpuan Pelancong Dalam Dan Luar Negara

Taman ini mula dibuka pada hari Selasa hingga Ahad bermula jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang. Lokasi taman ini terletak di Pertanian Bukit Temiang Kangar, Perlis. Bagi dewasa, bayaran RM3.00 akan dikenakan manakala kanak-kanak pula RM 1.00.

#6. LADANG TEBU CHUPING

 

Nikmati keindahan ladang tebu yang hijau. Sumber foto: Christopher Hariot

Ladang ini terletak di Ladang Tebu FELDA Chuping. Ladang Chuping ini merupakan ladang tebu yang terbesar di Malaysia. Melalui pandangan yang hijau pastinya memukau mata pengunjung. Kawasan ini berkeluasan sekita 8000 hektar. Luas bukan?

Pengunjung juga boleh melawat kilang pemprosesan kilang gula milik usahawan Robert Kuok. Melalui ini, pengunjung dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai cara gula dihasilkan.

#7. BUKIT KETERI

Kawasan kegemaran buat pendaki. Sumber foto: malaysia travel

Bukit Keteri merupakan batu kapur yang terkenal di Perlis. Pendaki pastinya teruja untuk sampai ke puncak dan menikmati keindahan panorama ini. Ia juga merupaka destinasi “rock climbing” yang terkenal di Asia. Lokasi ini berada di Bukit Keteri, 02450 Kangar.

Bagi anda yang ingin bercuti bersama keluarga, rancanglah percutian anda dengan baik. Untuk tidak terlepas sebarang informasi menarik, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here