Baru sahaja reda kemarahan netizen terhadap insiden dua lelaki yang tidak mempunyai hati perut yang dipercayai meletakkan seekor kucing bunting ke dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi di Taman Gombak Ria pada awal bulan lalu.

Kini satu lagi tular satu video di internet yang menunjukkan seorang kanak-kanak telah dimasukkan ke dalam mesin basuh di sebuah dobi layan diri di Bukit Sentosa, Rawang semalam.

Kredit foto dari Utusan Online – Beberapa pekerja restoran cuba untuk mengeluarkan mangsa daripada mesin basuh.

Kanak-kanak tersebut dipercayai bergurau bersama bapa saudaranya yang berumur dalam lingkungan 20-an. Bapa saudaranya yang datang ketika mangsa dan ibunya menunggu pakaian yang dibasuh itu bertindak untuk berguaru lalu meletakkan kanak-kanak terbabit ke dalam salah sebuah mesin basuh di dobi layan diri itu yang turut disaksikan oleh ibu mangsa tersebut. Namun, gurau tersebut memakan diri apabila mangsa terperangkap di dalam mesin basuh berkenaan.

Mangsa terperangkap di dalam mesin basuh tersebut selama 20 minit dan mencetuskan keadaan panik di dobi berkenaan apabila pintu mesin basuh dobi tersebut tidak boleh dibuka semula. Beberapa pekerja restoran bersebelahan dengan kedai dobi yang menyaksikan insiden malang ini memberikan bantuan untuk mengeluarkan mangsa daripada mesin basuh tersebut. Pekerja-pekerja tersebut bertindak untuk memecahkan cermin mesin berkenaan namun gagal.

BACA JUGA :   TIPS ANAK ANAK KECIL PUASA

Dalam video yang tular di media sosial yang berdurasi dua minit dan 46 minit itu menunjukkan beberapa pekerja sebuah restoran berusaha untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam mesin basuh.

Menurut sumber dari Utusan Online, pemilik dobi berkenaan iaitu Hazmal Hassan ketika ditanya tentang insiden kanak-kanak terbabit yang berlaku di dobi miliknya itu menceritakan semula apa yang terjadi.

โ€œKemudian, beberapa pekerja restoran yang terletak bersebelahan kedai dobinya kemudian cuba membantu untuk membuka pintu mesin basuh berkenaan namun tidak berjaya.

โ€œMereka bertindak memecahkan cermin pintu mesin basuh berkenaan untuk menyelamatkan kanak-kanak itu. Kejadian ini menyebabkan saya kerugian kira-kira RM3,000 malah nyawa seorang kanak-kanak hampir melayang,โ€ kata pemilik dobi tersebut.

BACA JUGA :   Pentingnya Aktiviti Fizikal untuk Kesihatan Kanak-Kanak

Kes ini akan disiasat dan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai juga turut mengesahkan ada menerima laporan berkenaan kes kanak-kanak ini.

 

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layariย Deenamik.comย dan like FB Pageย Deenamik.

“Bertahun muka penuh jeragat. Asal stress je, mulalah jerawat nak naik dengan subur. Tapi lepas pakai Bio Action Miracle, segala macam jeragat dan jerawat hilang terus daripada muka niโ€ฆ!!”

Bio Action Miracle, teman terbaik seorang wanita untuk menghilangkan jeragat dan jerawat di muka dan memastikan kulit muka sentiasa segar dan lembap.

Pilihan yang terbaik dan berkualiti daripada Jamu Ratu Malaya. Dapatkannya melalui pautan ini:

Facebook :ย Stokis JRM Johor

Instagram :ย @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

ย https://www.wasap.my/60132002695ย 

https://www.wasap.my/60132882695

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here