Sumber foto : Berita Harian

Gelagat Hari Pertama Persekolahan

Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan sakit hampir setengah jam selepas kaki kirinya tersangkut dalam lubang tandas di Sekolah Kebangsaan (SK) Paganatan, pada hari pertama persekolahan semalam.

Dalam kejadian jam 9.10 pagi itu, kanak-kanak berusia lima tahun itu dikatakan tergelincir ketika membuang air kecil di dalam tandas sekolah berkenaan dan mengakibatkan kaki kirinya termasuk dalam lubang tandas itu.

 tandas
Gambar sekadar hiasan

Kira-kira hampir setengah jam juga kakinya tersangkut di dalam lubang tandas.

Mujurlah kejadian itu disedari oleh seorang guru tadika yang terdengar mangsa menangis sebelum mereka menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau Mudi Pangiran berkata, sebuah jentera dengan kekuatan seramai lapan anggota dan dibantu oleh kenderaan Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) dikejarkan ke SK Paganatan sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

“Anggota BBP Keningau mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan kaki mangsa yang tersangkut dengan menggunakan kaedah sabun sebagai pelincir”, tambahnya lagi.

 tandas
Sumber foto : Berita Harian

Mangsa kemudiannya dirawat oleh pasukan EMRS.

Nampaknya macam-macam kerenah yang berlaku kepada kanak-kanak yang baru memasuki alam persekolahan. Diharapkan pihak sekolah dapat memberi perhatian sepenuhnya agar tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Kredit : Artikel ini dipetik dan diolah daripada Berita Harian

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here