Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan rakyat negeri itu supaya tidak terpengaruh dengan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai projek pembangunan Forest City di Gelang Patah.

Kenyataan bekas perdana menteri itu yang menyifatkan Forest City sebagai penjualan tanah kepada orang asing, tidak benar sama sekali.

Tambahnya lagi, Tun Dr Mahathir kalau tidak kritik, itu memang bukan Tun Dr Mahathir. Dia memang hendak cari publisiti.

Forest City

Forest City hanyalah 0.01% sahaja meliputi negeri ini, jadi mengapa Tun Dr Mahathir hanya menghalakan perhatian dan fokusnya terhadap projek Forest City? Mengapa hanya peratus yang kecil itu diberi perhatian, jadi rakyat khususnya jangan mudah terpengaruh.

Menurut Khaled, projek Forest City merancakkan pertumbuhan negeri ini memandangkan Johor tidak mempunyai hasil daripada sumber asli penting dan berharga berbanding negeri lain seperti Sabah, Sarawak dan Terengganu.

Forest City

Johor tidak ada sumber asli besar, tidak ada minyak, gas dan kita tidak lagi galakkan penebangan balak. Kita tidak ada hasil. Jadi, kita bangunkan yang kecil (Forest City) untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi Johor kerana kalau tidak ada pertumbuhan ekonomi, kita tidak boleh bangunkan rakyat.

Johor juga bukan macam Selangor yang terletak di Lembah Klang yang menerima tempias pembangunan kerajaan pusat. Johor kena fikir bagaimana cara hendak bangun sendiri.

Tun Dr Mahathir mengkritik Forest City, dia tidak membantu, dia tidak faham tentang Johor dan dia hanya faham tentang Lembah Klang.

Dr Mahathir yang juga pengerusi PPBM mendakwa Forest City merupakan satu lagi penjualan tanah kepada orang asing yang hasilnya digunakan untuk membayar hutang negara.

Kerajaan Johor memperuntukkan RM185.5 juta bagi membina 30 sekolah agama kerajaan Johor di seluruh negeri.

Kerajaan Johor komited terhadap pemantapan pendidikan agama di negeri ini kerana ia merupakan sebahagian daripada matlamat dan aspirasi kerajaan negeri dalam memastikan sekolah agama terus relevan, selaras peredaran zaman serta teknologi.

Untuk menarik minat pelajar mengikuti pembelajaran di sekolah agama secara interaktif, kerajaan Johor turut membangunkan aplikasi digital dengan kos RM14 juta yang membolehkan murid mengikuti pembelajaran menerusi iPad.

Forest City

Sehingga kini, terdapat 4 sekolah agama terlibat dalam projek perintis menggunakan aplikasi digital tersebut, antaranya sekolah menengah agama kerajaan Johor (Maahad) dan sekolah agama bandar di sini.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Dipetik dan diolah dari FreeMalaysiaToday

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here