Pertandingan Mr Cute Sabah telah mendapat kritikan yang teruk daripada netizen melalui sosial media. Pertandingan ini akan dimulakan pada bulan hadapan dan pihak penganjur telah memaparkan barisan peserta di laman sosial telah mendapat respon negatif daripada netizen. Perkara ini jelas menjatuhkan maruah dan aib sebagai penganjur.
Terdapat juga beberapa netizen yang menyifatkan barisan peserta seperti binatang dan tidak layak untuk bertanding. Salah seorang peserta pertandingan telah mengulas mengenai kenyataan tersebut menerusi mstarofficial.
Walter Milter mengulas bahawa pihak mereka turut terkejut tapi tidak melatah. Walter jelas menghormati kebebasan hak bersuara namun telah disalah gunakan.
Tambahnya, Walter tidak hirau dan membalas komen tersebut kerana dia jelas sekali tidak mengenali mereka. Insiden gambar pertandingan Mr Cute yang tular sedikit sebanyak memberi pelbagai reaksi termasuk geli hati.
Guru berusia 29 tahun menyifatkan bahawa perlakuan yang dibawa netizen sebagai salah satu aktiviti yang tidak sihat dan perlukan perubahan. Sebagai rakyat Malaysia, ini adalah satu tindakan yang memalukan kerana tiada budi bahasa.
Bagi pihak penganjur, Benn Shah telah membuat laporan polis mengenai perkara ini. Berikutan telah merosakkan imej mereka sebagai pihak penganjur dan para peserta.
ISK’S Event menganggap sikap para netizen yang memberi komen negatif sebagai tidak matang. Acara kemuncak Mr Cute Sabah 2018 akan berlangsung pada 10 November depan bertempat di Grand Ballroom, The Klagan Regency 1Borneo, Sabah.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.