Kejadian di Kampung Pulau Nibong, tular dengan insiden Yang Berhormat (YB) menenking wakil penduduk tempatan pada beberapa hari lepas. Insiden yang memalukan ini telah memberi imej buruk kepada wakil rakyat tersebut.

Ianya disudahi apabila Norhizam Hassan Baktee memohon maaf secara terbuka terhadap penduduk. Isu penutupan jalan utama di kawasan itu jelas menimbulkan tanda tanya penduduk setempat. Malah insiden “tengking” telah tular dan mendapat perhatian pelbagai pihak. Penduduk nyata tidak berpuas hati dan mempersoalkan tindakan YB.

YB Norhizam Hassan jelas tidak berpuas hati dengan riak mukanya. Sumber: mynewshub

Adun Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee telah memohon maaf atas ketelanjuran kata. Beliau berusaha akan memperbaiki kelemahan diri terutamanya dalam komunikasi ketika behadapan situasi tegang.

Norhizam dilihat dalam video jelas tidak dapat mengawal diri. Secara langsung menenking wakil kampung tersebut serta mempersoalkan siapa lebih berkuasa dalam membuat keputusan.

Hadir pada sesi bermaafan, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong. Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka, Tey Kok Kiew di Seri Negeri, Ayer Keroh.

YB Norhizam dilihat bersalaman dengan wakil kampung. Simbolik kepada permohonan maaf beliau. Sumber: the star

Sementara itu, wakil penduduk Kampung Pulau Nibong, Md Derus Tompang berkata, pihaknya menerima dengan sepenuh hati permohonan maaf itu dan menganggap segala keterlanjuran adalah lumrah sebagai manusia.

Md Derus Tompang juga berharap kata sepakat dapat dicapai di kemudian hari. Selaku orang yang terlebih dahulu makan garam, in adalah cara terbaik untuk selesaikan masalah. Md Derus juga berharap pihak atasan dapat melaksanakan mandat dengan sebaiknya.

Semasa insiden tenking itu, pelbagai kata yang kurang enak didengar keluar dari mulut wakit rakyat. Antaranya,” saya tidak mahu bercakap dengan orang yang tidak sekolah”. Sebagai wakil rakyat,

Norhizam sepatutnya tidak berkata begitu sebaliknya menghormati orang tua. Duduk semeja dan berbincang mengenai isu ini. Sebelumnya, YB Norhizam juga pernah dikecam oleh rakyat kerana bertindak seperti “gangster”.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here