Masuk bulan November ni, ada beberapa event yang bakal mengisi seluruh bulan prahujung tahun ni. Antaranya seperti No Shave November untuk menyokong kajian mengenai kanser prostat, Deepavali, dan juga jualan yang melibatkan orang single?

Satu lagi event yang bakal mengambil tempat pad November ini adalah Jualan Mega 11.11. Jualan ini akan berlaku pada 11 November setiap tahun sejak 2016. Tapi macam mana boleh tercetusnya jualan 11.11 ni?

Jualan Untuk Orang Single Sempena Hari Bujang (Single Day).

Sebenarnya, Hari Bujang (Single Day) ni memang wujud dan diraikan tapi bukan di Malaysialah. Perayaan ni disambut di Asia Timur seperti China, Korea Selatan, dan Jepun. Pada hari kejadian ni, acara parti bujang bagi mencari pasangan(?) kerap dibuat.

Kenapa dinamakan single’s sale? Sebab angka 1 itu merujuk kepada orang masih tidak ada teman lelaki/perempuan atau yang masih bujang. Angka 1 sangatlah sinonim dengan bujang atau single

Jualan Meraikan Orang Bujang Yang Merevolusikan Industri E-commerce.

Taikun e-commerce terbesar dunia, Alibaba iaitu Jack Ma adalah orang bertanggungjawab memperkenalkan jualan 11.11 ni. atau lebih dikenali sebagai Singles’ Sales.

Pada tahun 2016, untuk melonjakkan kembali jualan syarikat e-commercenya, beliau telah merancangkan satu acara jualan yang bakal merubah sepenuhnya sejarah jualan dalam talian.

BACA JUGA :   Najwa Pemain Bola Jaring Pertama Dilamar Ke Luar Negara
Sekali dia buat sale habis 1 china dia tapau. Agak-agak, berapa lama duit tu baru boleh habis? (Sumber gambar: Time Out Beijing)

Tepat jam 12.00 tengah malam pada 11 November 2016, beliau telah melancarkan satu jualan online di laman e-commercenya, Tmall dengan diskaun hingga lebih 50%.

Hasil Jualan Melebihi AS$5 bilion Dalam Masa Sejam!

Hebat tak hebat jualan ni apabila hasil transaksi bernilai lebih AS$5 bilion telah direkodkan hanya dalam tempoh masa sejam! Jualan yang berlangsung 24 jam itu telah mencatatkan jualan melebihi AS$ 17 bilion.

5 bilion dalam masa 1 jam. Wau…!

Dikatakan, gudang Alibaba hampir licin apabila jualan tersebut dilancarkan dengan pelbagai barangan dijual dengan diskaun yang tak masuk akal mendapat permintaan yang sangat tinggi daripada seluruh China.

Trend Yang Menular Ke Asia Tenggara

Tahun-tahun berikutnya, jualan 11.11 ni mula ditiru oleh syarikat e-sommerce di sekitar Asia termasuklah di Malaysia. Lazada, syarikat e-commerce tempatan juga telah memulakan kempen jualan 11.11 bermula tahun lepas lagi.

Katanya, bagi tahun 2018 ni kempen jualan 11.11 ni lebih besar dan turut akan dianjurkan sebuah karnival khas yang turut melibatkan artis tempatan.

BACA JUGA :   Papan induk terbaik kelas X570
Promosi Jualan 11.11 kali kedua oleh Lazada yang dikatakan lebih besar berbanding tahun lepas.

Selain Lazada, laman Shopee juga turut mengadakan jualan 11.11 dengan pelbagai diskaun diberikan bagi hampir semua barangan yang ada di laman Shopee.

Jualan 11.11 oleh laman Shopee.

Mesti ada yang teruja dengan jualan ni kan? Nasihat kami, berhematlah dalam berbelanja. Bagi yang menggunakan kad debit, pastikan baki anda mencukupi. Bagi pemilik kad kredit, janganlah terlalu banyak berbelanja hingga menambahkan hutang sedia ada.

Tahukah Anda?

Terdapat satu satu produk yang mampu menyelesaikan masalah kesihatan anda, iaitu MUSHTANIR. Mushtanir merupakan campuran makanan sunnah dan herba yang terpilih daripada  Jamu Ratu Malaya. Mushtanir mampu membantu anda merawat penyakit kronik, penyakit biasa, masalah rumah tangga dan banyak lagi.

Berita baik buat anda, dengan setiap pembelian Mushtanir, anda akan mendapat senaskhah buku doa-doa sufi secara percuma, selagi stok masih ada. Tunggu apa lagi? Dapatkan Mushtanir sekarang! Untuk maklumat lanjut ataupun sebarang urusan pembelian, layari pautan di bawah:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here