Doping merujuk kepada penggunaan dadah atau ubat yang diharamkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC). Penggunaan dadah secara tidak seimbang mampu membawa kesan buruk kepada tubuh. Hakikatnya, penggunaan doping mampu membantu atlet untuk mengejar kemenangan. Doping juga dapat membantu atlet memaksimumkan prestasi mereka.

Doping jelas membahayakan kesihatan para atlet. Sumber foto: Bacalah Malaysia.

Namun begitu, pada tahun 1967, International Olympic Committee (IOC) telah bersetuju bagi mengharamkan penggunaan sebarang alat mahupun bahan yang boleh meningkatkan keupayaan atlet. Dari segi perubatan, penggunaan bahan yang terlarang juga mempunyai kesan buruk seperti kesan sampingan dan boleh membawa maut.

Dadah steroid antara bahan yang seringkali digunakan oleh atlet bagi menguatkan otot badan. Selain itu, penggunaan dadah jenis ini juga mampu meningkatkan tumpuan ketika dalam pertandingan seperti acara menembak dan memanah.

BACA JUGA :   Dulu Wira Negara, Kini Atlet Jual Jambu Tepi Jalan Untuk Teruskan Kehidupan
Atlet angkat berat, Mohd Hafifi. Sumber foto: The Star

Terkini, Persatuan Angkat Berat Malaysia (PBAM) telah menggantung lima atlet termasuk pemenang pingat emas dalam Sukan Komanwel 2014. Mohd. Hafifi Mansor telah digantung selama empat tahun kerana gagal dalam ujian doping yang dijalankan oleh Persatuan Angka Berat Antarabangsa (IWF) pada 23 Mac lalu.

Presiden PBAM, Datuk Ayub Rahmat. Sumber foto: Air Times News Network

Menurut sumber dari Bernama, antara atlet yang digantung juga termasuk Mohamad Fazrul Azrie Mohdad, Muhammad Hakimie Haikal Nordin, Muhammad Zaidi dan Ronny Jesus. Kesemua atlet telah menjalani ujian doping pada Mac lalu. Perkara ini telah dimaklumkan sendiri oleh Presiden PBAM, Datuk Ayub Rahmat.

Kesemua atlet ini dilarang daripada menyertai mana-mana aktiviti dalam sukan sepanjang tempoh masa yang telah ditetapkan. Tempoh penggantungan bagi Mohd. Hafifi bakal taman pada Jun 2022, Mohamad Fazrul Azrie sehingga Mac 2020 manakala selebihnya bakal tamat pada Mac 2022.

BACA JUGA :   PAKAIAN WAJIB TUTUP AURAT ATLET TERENGGANU PADA 2019

Tiap-tiap hari buat kerja yang sama sahaja? Ingin cuba sesuatu yang baharu?Apa kata kali ini meniaga santan pula. 

Serlahkan minat usahawan anda bersama Kelas Bisnes. Sumber foto: Kelas Bisnes

Jom sertai Kelas Bisnes dan ketahui teknik yang berkesan untuk memperkenalkan perniagaan santan. Berminat tapi bagaimana ingin mula? tekan sahaja link di SINI dan kami akan terus hubungi anda.

Inilah masanya untuk menambah pendapatan anda! Bagi sebarang pertanyaan, boleh juga hubungi Tuan Syed di talian 013-209 0322.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here