Pencipta watak kartun, SpongeBob SquarePants, Stephen Hillenburg, meninggal dunia pada Isnin lalu pada usia 57 tahun. Mendiang memulakan karya seninya pada tahun 1987 selepas menamatkan pengajian dalam Ijazah dalam bidang biologi maritim.

Peninggalan Stephen Hillenburg telah memberi impak kepada peminat kartun Spongebob Squarepants. Mendiang meninggal dunia disebabkan penyakit saraf motor ALS. Namun begitu, beliau telah menghidap penyakit ini pada Mac yang lalu.

Peninggalan beliau telah membawa hiba pada peminat animasi. Sumber foto:theguardian.com

Berita ini telah disahkan sendiri oleh pihak Nickelodeon melalui laman social media Twitter. Ketika hayatnya, beliau telah mengarahkan filem pertama Spongebob Squarepants pada tahun 2004.

Spongebob Squarepants merupakan sebuah rantaian kartun berasal dari Amerika Syarikat. Animasi ini mula menemui penonton pada May 1992. Spongebob Squarepants ini bukan hanya buat kanak-kanak, malah orang dewasa juga boleh menghayati jalan cerita ini.

BACA JUGA :   PENCIPTA WATAK ADIWIRA MARVEL MENINGGAL DUNIA
Sumber foto: Nickelodeon

Spongebob Squarepants menghasilkan lebih daripada 250 episod termasuk beberapa filem yang juga dibawah arahan Stephen Hillenburg. Animasi bersiri ini telah memenangi beberapa anugerah seperti Anugerah Emmy, Anugerah Annie dan sebagainya.

Filem Spongebob Squarepants 2004 juga telah berjaya membuat kutipan filem sehingga AS$140milion di seluruh dunia.

Spongebob Squarepants. Sumber foto: thenerdist.

Kartun Spongebob ini telah menerima pelbagai jenis anugerah. Tidak dapat dinafikan, mesej yang disampaikan oleh pengarah memenuhi kriteria seperti unsur persahabatan, semangat tidak berputus asa, serta semangat imaginasi yang tinggi. Peninggalan beliau telah diratapi oleh netizen dari setiap negara dan meninggalkan seorang balu Karen Hillenburg serta anak lelaki, Clay.

Tiap-tiap hari buat kerja yang sama sahaja? Ingin cuba sesuatu yang baharu?Apa kata kali ini meniaga santan pula. 

Serlahkan minat usahawan anda bersama Kelas Bisnes. Sumber foto: Kelas Bisnes

Jom sertai Kelas Bisnes dan ketahui teknik yang berkesan untuk memperkenalkan perniagaan santan. Berminat tapi bagaimana ingin mula? tekan sahaja link di SINI dan kami akan terus hubungi anda.

BACA JUGA :   Kemalangan Maut Membabitkan 4 Sekeluarga Termasuk Bayi

Inilah masanya untuk menambah pendapatan anda! Bagi sebarang pertanyaan, boleh juga hubungi Tuan Syed di talian 013-209 0322.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here