Jika Facebook merupakan laman sosial kegemaran anda yang sudah sekian lama anda gunakan pastinya telah banyak messages yang anda telah hantar atau terima daripada orang lain bukan? Tapi macam mana pula kalau kesemua messages yang anda pernah terima pada bertahun-tahun yang lepas muncul kembali di Facebook milik anda?

Facebook yang terkenal dengan banyak masalah yang tiada kesudahan kini berdepan dengan sebuah lagi masalah yang mungkin akan membuat anda berasa ‘annoyed’ dengan apa yang akan terjadi di akaun Facebook anda nanti . Tapi apa masalah terbaru Facebook itu?

Kini anda berkemungkinan akan berdepan dengan masalah messages bertahun lama yang anda pernah terima akan muncul kembali dan masalah ini dikatakan akan menyerang sesiapa sahaja.

BACA JUGA :   Sambung Belajar Ke Luar Negara Dengan Daulah Educonsult!

Facebook telah mengesahkan tentang masalah yang melanda pengguna-pengguna Facebook ini dan kini sedang sedaya upaya mencuba untuk menyelesaikan masalah messages lama yang menghantui pengguna laman sosial ini.

“Ada orang yang melihat mesej lama di Facebook.com. Kami sedar akan isu ini dan sedang berusaha untuk menyelesaikannya secepat mungkin. Kami memohon maaf atas kesulitan itu,” kata wakil laman sosial itu.

Banyak aduan yang telah diterima oleh pihak Facebook berikutan pemasalahan dan aduan pertama yang diterima berkenaan masalah ini telah diadukan oleh pengguna laman sosial di Twitter sebelum mendapat perhatian penuh oleh Facebook sendiri.

Ada yang mengatakan bahawa pemasalahan ini sangat memalukan dan ada juga yang menerima kesan daripada kemunculan mesej lama di tab Messenger Facebook mereka kerana ia merupakan perbualan masa silam yang cuba dilupakan oleh mereka kerana terdapat beberapa orang yang lebih suka perbualan tertentu yang tidak muncul semula, seperti perbualan dengan bekas rakan kongsi, atau rakan atau ahli keluarga yang mungkin telah meninggal dunia.

BACA JUGA :   Kerana Terima Satu Friend Request Di Facebook, Wanita Ini Hilang $500,000

Apa yang lebih menyedihkan ialah ada seorang pengguna laman sosial itu yang menyatakan rasa sedihnya berkenaan kemunculan messages lama yang dimunculkan kembali oleh Facebook kerana ianya merupakan perbualan di antaranya bersama kekasihnya yang bernama Dean yang telah meninggal . Pengguna yang dikenali sebagai @adamadzp itu turut berkata bahawa dirinya telah menghabiskan masa malamnya ketakutan dengan apa yang terjadi.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here