Skuad Harimau Malaya kini mula menunjukkan taringnya apabila berjaya mengalahkan Maldives dalam perlawanan persahabatan. Pasukan skuad berjaya melepasi saringan awal pada Piala AFF 2018 selepas menundukkan pihak lawan dengan 3-0. Perlawanan Antarabangsa bagi Kumpulan โ€œAโ€ telah diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

Pada 15 minit yang pertama, ledakan gol telah berjaya dilakukan oleh Mohamad Zaquan Adha Bin Abd Radzak, minit ke-80 oleh Muhammad Safawai Rashid manakala gol ketiga oleh Mohamadou Sumareh di akhir permainan. Terkini, pasukan Maldives telah menduduki rangking dunia bola sepak di kedudukan ke-151 manakala Malaysia ke-169.

Nosharul Idlan Talaha antara yang membantu menjaringkan hol pada 15 minit pertama. Sumber foto: Kaki Buletin

Jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah melengkapkan 23 barisan pemain yang bakal berentap di Kejuaraan Piala Bola Sepak Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 yang bermula Khamis ini. Menurut sumber dari Bernama, seramai tiga permain telah digugurkan dari beraksi dalam pelawanan AFF 2018.

BACA JUGA :   JOM KONSULTASI & DAFTAR BERSAMA DAULAH EDUCONSULT

Sedutan perlawanan persahabatan Malaysia menentang Maldives. Sumber video: Astro Arena.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan tiga pemain berkenaan adalah pemain pertahanan kanan, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham dari pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) serta dua pemain tengah, Nor Azam Abdul Azih (Pahang) dan Azzizan Nordin (Sabah).

Pemain pasukan Pahang, Muhamadou Sumareh berjaya menjaringkan gol terakhir.

Daripada 23 pemain yang disenaraikan kali ini, lapan pemain adalah mereka yang pernah beraksi pada edisi 2016 yang dihoskan bersama Myanmar dan Filipina iaitu Ahmad Hazwan Bakri, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrul Mohd Saad, Nazirul Naim Che Hashim, Mohd Syazwan Zainon, Zaquan Adha Abd Radzak, Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi Che Mat.

BACA JUGA :   The Power of Perseverance: Overcoming Challenges and Achieving Success

Piala Suzuki AFF 2018 tampil dengan format baharu saingan peringkat kumpulan iaitu tanpa tuan rumah bersama yang menyaksikan setiap pasukan kali ini akan dapat beraksi dua perlawanan di tempat sendiri dan dua perlawanan di tempat lawan.

Skuad Harimau Malaya akan meneruskan saingan menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi pada 16 Nov sebelum menanti kunjungan Myanmar pada aksi terakhir Kumpulan A di Bukit Jalil pada 24 Nov.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here