Jika sekarang pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan SPM sedang berperang habis-habisan untuk melakukan yang terbaik untuk peperiksaan terakhir mereka di peringkat sekolah, lain pula bagi pelajar-pelajar Tahun 6 yang sudah lama ‘merdeka’ dan sedang menunggu keputusan peperiksaan mereka untuk keluar.

Peperiksaan UPSR 2018 telah berlangsung selama empat hari pada 24 Sep hingga 27 Sep yang lalu dan tarikh keputusan bagi peperiksaan UPSR pula dijangka akan keluar secara rasminya pada 29 Nov nanti. Namun apa yang menjadi persoalannya sekarang ialah ramai ibu bapa pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR menyuarakan rasa bimbang.

Apa yang menjadi kerisauan ibu bapa pelajar ialah berikutan dengan tarikh keputusan peperiksaan UPSR yang dikatakan lewat kerana dikeluarkan semasa cuti persekolahan akhir tahun ini yang telah bermula pada hari ini.

BACA JUGA :   5 TAMAN TEMA TERBARU DI KL UNTUK IDEA CUTI PERSEKOLAHAN!

Kementerian Pendidikan bagaimana pun sedia maklum dengan isu kerisauan yang telah dibangkitkan oleh ibu bapa pelajar.

Kelewatan pengumuman keputusan UPSR ini ialah disebabkan oleh kelewatan peperiksaan UPSR itu diadakan pada tahun ini berikutan dengan terlalu banyak cuti umum pada awal dan pertengahan bulan September yang lalu.

Antara cuti umum itu termasuklah cuti Hari Kebangsaan (31 Ogos), Hari Keputeraan yang di-Pertuan  Agong (9-10 Sept), Awal Muharram (11 Sept) dan Hari Malaysia (16-17 Sept) yang menyebabkan kelewatan peperiksaan UPSR diadakan.

Kementerian itu turut menjelaskan bahawa kelewatan peperiksaan kali ini telah menyebabkan kelewatan pemeriksaan skrip jawapan peperiksaan.

“Lembaga Peperiksaan juga perlu mematuhi prosedur penjaminan kualiti yang ditetapkan bagi memastikan ketepatan keputusan yang akan dikeluarkan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan semalam.

BACA JUGA :   'MOST SEARCHED' NETIZEN MALAYSIA SEPANJANG 2018

Menurut kementerian itu juga bahawa menyatakan bahawa Lembaga Peperiksaan (LP) sebelum ini juga pernah mengeluarkan keputusan UPSR semasa cuti persekolahan jadi ini bukanlah kali pertama berlakunya kelewatan pengumuman keputusan UPSR diadakan.

Kementerian memohon supaya pelaja-pelajar Tahun 6 untuk mendapatkan PPSR dan keputusan UPSR pada 29 Nov bersamaan Khamis minggu hadapan di sekolah masing-masing. Keputusan boleh diketahui pada 10 pagi.

Selain itu, ibu bapa juga boleh menyemak keputusan peperiksaan UPSR anak anda melalui sistem pesanan ringkas  dengan hanya menaip ‘mySMS’ ke 15888 pada hari yang sama iaitu 29 Nov.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here