5 SEBAB MENGAPA LIVERPOOL BAKAL MENJULANG PIALA EPL MUSIM INI

0
1321

Liverpool yang kini berada dilandasan yang tepat untuk memburu kejuaraan setelah 20 tahun kemarau tanpa sebarang kejuaraan dan piala seperti EPL.

#1. Unbeaten

Selepas 20 perlawanan Liverpool masih kebal tanpa rekod kalah. Liverpool terus menerajui carta liga setelah membelasah Arsenal 5-1 di halaman sendiri. Pencabar terdekatnya Machester City  terus tercicir mata. Igaun buruk untuk mana – mana pasukan yang bertandang ke Anfield kerana Liverpool hanya bolos 3 gol sahaja apabila bermain di tempat sendiri.

#2. Sengat Trio MFS

Mo Salah yang kini menjadi penjaring terbanyak iaitu 13 gol terus membukitkan ketajamannya. Mo Salah telah membuktikan bahawa dia bukan one season wonders seperti mana diperkatakan oleh pemerhati sukan dan pengamal media di Eropah.

Trio ini adalah trio yang terbaik pernah dimiliki oleh Liverpool di mana Mo Salah, Sadio Mane dan Firmino telah menghasilkan sebanyak 28 gol.

BACA JUGA :   ASTRO DIBERI HAK EKSKLUSIF PENYIARAN EPL SELAMA 3 MUSIM!

#3 Kekebalan Pertahanan

Liverpool pasti akan mengecapi kejuaraan setelah memiliki duo pertahanan terbaik dunia. Dejan Lovren dan Virgil Van Dijk yang kebal mempertahankan kawasannya daripada dibolosi. Duo ini telah membuktikan hanya 8 gol sahaja bolos selepas 20 perlawanan.

Duo ini juga dibantu oleh tenaga muda yang kini menjadi rebutan ramai pasukan lain iaitu Trent Alexander-Arnold dan Andy Robertson. Kedua dua pemain ini banyak membantu di bahagian serangan dan menjadi nadi assist kepada serangan Liverpool.

#4. Kemarau Kejuaraan

Kemarau yang berpanjangan daripada mengecapi piala EPL selama 29 tahun pasti memberi semangat yang membuak-buak kepada pemain Liverpool. Memiliki pemain yang begitu solid di setiap posisi pasti memberi peluang yang cerah untuk Liverpool menamatkan kemarau kejuaraan ini.

BACA JUGA :   Ini Punca Sebenar Zidane Letak Jawatan Sebagai Pengendali Real Madrid

#5. Kewibawaan Jurgen Klopp

Liverpool memiliki jurulatih yang terbaik walaupun belum pernah mengecapi kejuaraan bersama The Reds setelah 3 musim. Bijak dalam membeli pemain tanpa perlu berbelanja besar dan menggunakan pemain yang ada. Jurgen klopp telah membuktikan pemain yang dibeli telah memberi sinar kejuaraan kepada Liverpool untuk musim 2018/2019.

Jurgen Klopp telah membuktikan bahawa pembelian Fabinho, Naby Keita, Xherdan Shaqiri dan Alisson Becker satu pembelian yang cukup berbaloi. Terutamanya posisi penjaga gawang yang sering kali menjadi igaun buruk buat Liverpool kini menjadi kekuatan yang paling ampuh setelah 20 perlawanan Alisson Becker paling banyak mencapai 12 Clean Sheets.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here