Pada tahun 2018 ini kita telah banyak menyaksikan pelbagai jenis genre dan watak filem-filem yang disajikan di pawagam dan kami yakin anda pasti tidak melepaskan peluang ke pawagam untuk menonton filem-filem yang ada pada tahun ini kan? Agak-agaknya berapa banyak filem yang anda sudah tonton pada tahun ini ya?

Jika anda merupakan peminat tegar filem-filem hebat Hollywood dan juga antara peminat yang meminati filem-filem klasik yang pernah dikeluarkan pada beberapa tahun dahulu, kami pasti anda akan berasa tidak sabar-sabar untuk menantikan filem-filem yang bakal keluar pada tahun depan yang menyaksikan banyak filem-filem lama yang akan kembali dan diberikan sentuhan semula!

Anda nak tahu filem-filem yang pernah keluar di pawagam beberapa tahun dahulu yang kemudiannya senyap tiada sambungannya dan kini akan kembali ke pawagam pada tahun 2019 nanti? Kami senaraikan kepada anda 6 filem yang akan kembali mengubat ‘rindu’ anda ketika zaman remaja dulu! Filem-filem comeback ini wajib anda ketahui selain filem’The Lion King’ dan ‘Aladdin.’

#1. MEN IN BLACK : INTERNATIONAL

Anda masih ingat lagi dengan lakonan hebat Will Smith dan Tommy Lee Jones dalam filem Men In Black yang pernah pertama kali ditayangkan pada tahun 1997 dulu? Kali terakhir francais file mini ditayangkan adalah pada tahun 2012 yang lalu.

Kini anda bakal dapat menyaksikan filem ini semula pada tahun hadapan dengan pelakon dan juga jalan cerita yang ditukar daripada filem asal pada tahun 1997. MIB versi 2019 kali ini anda akan menyaksikan ejen wanita dibintangi oleh Tessa Thompson digandingkan bersama Chris Hemsworth sebagai Ejen M dan Ejen H dengan misi baru untuk menyelamatkan bumi.

Skrip bagi reboot filem MIB 2019 ini telah ditulis oleh penulis skrip bagi filem Iron Man iaitu Matt Holloway dan Art Marcum.

Dijangka menemui anda pada bulan Jun tahun hadapan di pawagam seluruh negara.

#2. HELLBOY

Mungkin ada yang tahu dan pernah menonton filem Hellboy ini tetapi mungkin juga ada yang tidak tahu dan tidak pernah melihat filem Hellboy yang pernah ditayangkan pertama kali pada tahun 2004 selepas diadaptasikan daripada komik yang dihasilakan pada tahun 1993.

Filem ini diadaptasikan kepada sebuah ‘live-action’ pada tahun 2004 dan 2008. Dibintangi oleh Ron Perlman sebagai watak ‘Anug Un Rama’ atau Hellboy. Hellboy merupakan separuh manusia dan separuh syaitan yang diturunkan dari neraka ke bumi ketika bayi. Hellboy kemudiannya membesar menjadi dewasa dengan badan berkulit merah dengan ekor, tanduk dan mempunyai tangan kanan yang besar diperbuat daripada batu.

BACA JUGA :   Anda Boleh Dikenakan Hukuman Mati Jika 'Selfie' di Pantai Ini?

Watak Hellboy versi 2019 kini digalas oleh David Harbour dan bakal menemui anda pada bulan April tahun hadapan.

#3. CHARLIE ANGELS

Charlie Angels merupakan sebuah siri drama yang berkisah tentang jenayah yang pernah ditayangkan pada tahun 1976 dan melabuhkan episod akhirnya pada tahun 1981 dengan mempunyai sebanyak 5 musim dan sebanyak 110 buah episod ketika ianya ditayangkan di saluran ABC.

Charlie Angels berkisahkan tentang tiga orang wanita yang bekerja di sebuah agensi detektif swasta di Los Angeles, California. Bintang asal yang menjadi watak utama bagi siri Charlie Angels ini telah dibintangi oleh Kate Jackson, Farrah Fawcett dan Jaclyn Smith. Watak-watak ini kemudiannya mengalami perubahan selepas pemergian Fawcett dan Jackson kemudiannya digantikkan dengan Cheryl Ladd, Shelley Hack dan Tanya Roberts.

Pada tahun 2019, siri drama ini diberikan nafas reboot dan dijadikan sebuah filem yang bakal menemui peminat-peminat setia Charlie Angels di pawagam (tetapi tidak diketahui sama ada file mini bakal ditayangkan di Malaysia atau pun tidak). Reboot versi filem kali ini akan dibintangi oleh tiga pelakon cantic Hollywood iaitu Kristen Stewart, Ella Balinska dan juga Naomi Scott.

Filem Charlie Angels ini dikatakan bakal berada di pawagam pada bulan November 2019 nanti.

#4. ZOMBIELAND 2

Zombieland pertama pernah ditayangkan pada tahun 2009 yang lalu dan selepas 10 tahun akhirnya filem ini mengeluarkan francais mereka. Jika anda tidak penah menonton Zombieland tetapi anda gemarkan filem yang bertemakan zombie, filem ini kami recommend kepada anda dan pastikan anda menonton Zombieland yang pertama sebelum menuggu francais Zombieland pada tahun hadapan.

Zombieland merupakan filem komedi seram yang akan membawa anda mengikuti perjalanan empat orang asing yang bertemu di tengah wabak zombie pasca apokaliptik.

 Sambungan bagi francais kedua ini Sony Pictures dikatakan bakal mengumpul kembali pelakon-pelakon utama pada Zombieland yang pertama termasuklah Emma Stone, Jesse Einsenberg, Woody Harrelson dan Abigail Bresil. Pengarah Ruben Fleischer turut akan kembali ke bangku pengarah bagi filem Zombieland 2 ini.

Zombieland 2 bagaimana pun masih belum memulakan penggambarannya tetapi dijangka akan memasuki set pada Januari tahun hadapan dan filemnya akan mula ditayangkan pada bulan Oktober 2019 dalam masa yang sama untuk meraikan ulang tahun Zombieland yang kesepuluh tahun.

#5. TERMINATOR 6

Siapa sahaja tidak mengetahui filem Terminator lagi-lagi jika anda lahir pada tahun 80-an kan? File mini pernah menjadi filem yang mendapat ‘top United State box office’ bagi tempoh dua minggu ketika tahun itu. Filem The Terminator ini kemudiannya mendapat beberapa buah francais filem lagi selepas kejayaan The Terminator yang pertama.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult: Agensi Konsultan Pendidikan Luar Negara

The Terminator merupakan sebuah filem ‘sci-fic’ yang diarahkan oleh James Cameron yang menceritakan tentang pembunuh cyborg yang dihantar kembali dari tahun 2029 hingga 1984 untuk membunuh Sarah Connor lakonan Linda Hamilton manakala watak Michael Biehn lakonan Kyle Reese pula merupakan seorang askar daripada masa depan yang dihantar semula untuk melindungi Connor.

Dalam Terminator yang ke-6 ini dikatakan masih mengekalkan pelakon utama Terminator yang pertama pada tahun 1984 yang lalu iaitu Linda Hamilton yang akan masih memegang watak sebagai Sarah Connor. Selain daripada itu, filem francais Terminator yang ke-6 ini turut akan dibintangi oleh Gabriel Luna sebagai Terminator, Mackenzie Davis sebagai Grace, Arnold Schwarzenegger sebagai “Model 101” dan ramai lagi.

Bagi peminat-peminat The Terminator pastikan anda sabar untuk menyaksikan filem ini di pawagam tahun hadapan pada bulan November.

#6. THE ADDAMS FAMILY

Kami yakin anda yang lahir pada tahun 60-an sehinggalah tahun 90-an pasti sangat mengenali watak keluarga Addams yang sangat menghiburkan hati ini kan?

Filem The Addams Family ini sebenarnya merupakan filem yang diadaptasikan daripada komik terkenal hasil kartunis Charles Addams yang kemudiannya pada tahun 1964, kartun ini dijadikan sebuah siri di televisyen yang diterbitkan oleh David Levy. Selang beberapa tahun, The Addams Family ini kemudiannya dijadikan sebuah filem ‘live-action’ pada tahun 1991 dan diikuti dengan francais keduanya pada tahun 1993.

Jika anda mengikuti filem komedi ini, anda pasti akan tertarik dengan watak-watak keluarga Addams yang sangat unik dan gemar memakai pakaian hitam. Keluarga Addams terus berkembang dalam francais yang kedua apabila mereka menerima seorang cahaya mata lelaki dan datangnya seorang penjaga bayi itu yang kemudiannya membawa kepada beberapa pemasalahan dalam keluarga itu.

Bagi versi 2019 nanti pula, The Addams Family tidak akan dilakukan dalam bentuk ‘live-action’ sebaliknya ianya akan dihasilkan dalam bentuk animasi seperti asalnya. File mini akan diarahkan oleh Conrad Vernon dan Gerg Teirnan yang pernah menghasilkan filem animasi ‘Sausage Party.’ Bagi suara watak-wataknya pula akan dilakukan oleh Oscar Isaac, Charlize Theron, Chloe Grace Moretz, Finn Wolfhard, Nick Kroll, Bette Midler dan Allison Janney.

Filem animasi The Addams Family 2019 ini dijangka akan ditayangkan pada Oktober tahun hadapan.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here