Kehadiran kerajaan baharu jelas memainkan peranan penting dalam membentuk Malaysia yang lebih aman dan makmur serta menjadi negara maju menjelang 2020. Sehubungan dengan itu, terdapat banyak agenda dalam membentuk rangka kerajaan yang utuh. Perdana menteri Tun Dr. Mahathir Muhammad telah menyatakan hasrat untuk tidak lagi menyandang jawatan terpenting itu.

Beliau menyatakan hasrat ini ketika menyampaikan ucapan penggulungan sempena hari terakhir Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu Kali ke-2 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Beliau yang juga pengerusi Parti Bersatu turut meluahkan terdapat juga beberapa pihak yang menggesa agar beliau terus menyandang jawatan ini sehingga PRU-15.

Tun Dr. Mahathir telah menyatakan matlamat utamanya dalam politik kali ini menjatuhkan kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional (BN). Beliau turut menyatakan akan melantik Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8.

“Tidak seronok kita dengar, tapi kita nak jatuhkan Najib. Saya perlu berkorban dan terima syarat itu kerana bukan utama jadi PM tapi menjatuhkan (Datuk Seri) Najib”, ulasnya ketika memberi ucapan.

Jika sebelum ini, umum sedia maklum bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan musuh utama Tun Dr. Mahathir dalam kerier politik. Namun begitu, itu bukan lagi alasan utama bagi Tun Dr. Mahathir untuk bekerjasama dengan Presiden PKR ini.

BACA JUGA :   Tun Mahathir Puji OlaBola Pementasan Terbaik di Malaysia

Ini antara “pengorbanan” yang perlu dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir agar kerajaan yang akan dibina kemudian hari mengutamakan generasi yang akan datang. Sebolehnya, peralihan kuasa ini perlulah berjalan dengan lancar agar tidak menggugat kestabilan negara.

Menurut sumber Bernama, penganalisis politik Prof Dr. Sivamurugan Pandian berkata, sebelum ini peralihan kuasa telah berlaku antara Tun Dr. Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2002. Konsep ini boleh dilakukan semula agar menggelakkan kebimbangan rakyat terhadap kerajaan yang ditadbir.

Kesimpulannya, pelbagai usaha akan dilakukan bagi menggelakkan kerajaan dicampur adukkan dengan pembangkang terkini. Ini antara usaha mensejahterakan negara yang perlu diutamakan memandangkan terdapat pelbagai pihak yang cuba untuk menggagalkan peralihan kuasa antara Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here