2018 semestinya era sukan yang baharu buat atlet Malaysia apabila berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Sukan merupakan aktiviti yang menjadi perhatian para peminat sukan Malaysia. Jika sebelum ini, Dato’ Wira Lee Chong Wei seringkali mengharumkan nama Malaysia dengan persembahan yang ditampilkan dalam sukan Badminton.

Sukan Olimpik yang semakin hampir jelas memberi tekanan buat para atlet. Sehubungan itu, matlamat untuk meraih pingat emas bukan sahaja terletak pada atlet Badminton sahaja, malah atlet lain juga mempunyai potensi bagi merangkul emas. Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

“Selain badminton, beberapa jenis sukan telah berjata dikenal pasti sebagai acara sukan yang mampu menyumbang pingat emas pada negara antaranya termasuklah berbasikal trek. Terjun dan karate-do” ulas beliau menurut sumber dari Bernama.

BACA JUGA :   Bola Sepak : Pemain Ke-12 Dibenar Ke Stadium.

“Jika sebelum ini kita hanya nampak sukan badminton sahaja. Ini bukan bermakna Majlis Sukan Negara (MSN) menidakkan sumbangan badminton. Sekarang ini kita dalam sukan terjun contohnya, Chong Jun Hoong berjaya memecah dominasi atlet penerjun dari China dalam acara sukan individu. Begitu juga dalam sukan berbasikal menampilkan Azizulhasni Awang yang seringkali mencipta rekod yang baharu” ulas Ahmad Shapawi Ismail.

2019 sudah semestinya memberi “nafas” dan cabaran yang baru buat para atlet. Temasya Sukan Sea juga merupakan salah satu pilihan bagi menentukan atlet yang layak berada pada Olimpik pada tahun 2020 di Tokyo.

Antara atlet yang layak secara merit ke Sukan Olimpik Tokyo ialah Khairulnizam Mohd Afendy dan Nur Shazrin Abdul Latif bagi sukan pelayaran. Malaysia sudah memiliki tiga atlet dalam kelompok 10 terbaik dunia iaitu Syakilla Salni Jefry Krisnan bagi kategori kumite, serta Lim Chee Wei dan Celine Lee Xin Yi bagi kategori kata.

BACA JUGA :   MALAYSIA KE PERLAWANAN AKHIR PIALA AFF SUZUKI 2018

Tambah Bernama, sukan karate juga turut diletakkan sabagai sandaran bagi memiliki pingat emas dalam sukan Olimpik Tokyo 2020. Kerajan telah memperuntukkan RM100 juta bagi Belanjawan 2019 khusus kepada atlet bagi persiapan menghadapi Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here