Sebulan yang lalu kecoh dengan kes penggunaan serbuk arang yang dikatakan boleh memutihkan gigi jika menggunakkannya. Ini semua disebabkan oleh iklan yang dikeluarkan oleh sebuah jenama produk jamu yang popular di media sosial dan televisyen yang menyebabkan masyarakat berasa ingin tahu dengan ‘keberkesanannya’ dan bertindak untuk mencuba sendiri serbuk arang yang dijual itu.

Hanya ‘indah khabar daripada rupa’ sahaja produk serbuk arang yang dikatakan boleh memutihkan gigi ini kerana beberapa orang doktor telah tampil untuk menjelaskan perkara yang sebenar tentang serbuk arang ini kepada gigi termasuklah Dr. Nur Amalina Che Bakri sendiri menerusi laman sosial miliknya sebulan yang lalu.

Sebenarnya trend penggunaan serbuk arang ini telah popular di Amerika pada tahun lepas lagi apabila Pinterest  dan blog kesihatan di sana yang mengatakan bahawa serbuk arang aktif ini boleh bertindak menyerap bakteria, plak dan juga toksin untuk gigi yang lebih putih dan segar. Kenyataan yang dikeluarkan itu bagaimana pun telah diselar oleh American Dental Association (ADA) yang telah memberikan amaran bahawa penggunaan serbuk arang aktif itu sebenarnya bahaya kepada kesihatan gigi kita.

KESAN PENGGUNAAN SERBUK ARANG VIRAL

Difahamkan juga bahawa penggunaan bahan kasar itu juga boleh merendahkan permukaan enamel gigi kita dan enamel yang terdapat di gigi tidak boleh digantikan. Bukan sahaja boleh menipiskan permukaan enamel yang ada pada gigi kita, malah menurut kajian oleh ADA turut menjelaskan bahawa apabila sesorang itu memberus gigi menggunakan serbuk arang dengan kuat ianya boleh memusnahkan enamel gigi dan bakal menyebabkan masalah gigi yang lebih serius akan berlaku.

Seperti yang dikatakan oleh Dr.Amalina, ADA turut memberitahu bahawa tiada kajian perubatan yang telah mengesahkan bahawa dengan pengguna serbuk arang boleh membantu memutihkan gigi dan selamat untuk digunakan seperti apa yang dikatakan oleh iklan terkenal itu.

# MACAM MANA NAK PUTIHKAN GIGI?

Jadi apa yang kita patut buat untuk dapatkan gigi putih yang kita idam-idamkan tu?

Sebenarnya kita mempunyai banyak pilihan yang boleh membantu kita memutihkan gigi tetapi masyarakat kita lebih suka menggunakan sesuatu produk yang dijual di sosial media sebagai jalan penyelesaian tanpa menghiraukan tentang bahaya kerana inginkan kesan yang cepat selepas penggunaan kan? Kenapa nak bahayakan kesihatan kita dengan produk-produk yang tidak masuk akal yang dijual di sosial media padahal kita ada alternatif yang selamat untuk diamalkan?

Cara memutihkan gigi seperti yang dicadangkan oleh Dr. Amalina menerusi laman sosialnya itu merupakan jalan yang terbaik untuk anda mendapatkan gigi yang putih.

  1. JUMPA DOKTOR GIGI UNTUK TREATMENT WHITENING 

Cara yang terbaik dan selamat untuk anda gunakan ialah dengan berjumpa doktor gigi pilihan anda bagi mendapatkan rawatan whitening. Treatment whitening ini akan mengeluarkan kotoran daripada gigi termasuklah kotoran yang ditinggalkan oleh tabiat merokok , minum kopi, teh dan juga minuman keras yang kebiasannya susah untuk ditanggalkan.

BACA JUGA :   NEGARA ‘FOUR SEASONS’ YANG ANDA PATUT CHECKOUT!

Kaedah pemutihan atau whitening ini bukan lagi alasan untuk anda elakkan kerana treatment whitening ini semakin murah setiap tahun untuk anda lakukan tetapi kita tetap memilih produk-produk sosial media untuk digunakan. Pelikkan?

Treatment whitening ini bukan sahaja berkesan malah turut selamat untuk anda kerana doktor gigi anda akan menjanjikan rawatan yang terbaik buat anda. Tapi janganlah bila semua serbuk arang dah tersekat dicelah-celah gigi barulah anda nak jumpa doktor untuk dapatkan treatment whitening pula ya!

  1. RAJINKAN DIRI UNTUK FLOSS GIGI 

Mungkin ramai yang menyangka bahawa penggunaan floss sebenarnya tidak penting pun dalam rutin harian kita tetapi sebenarnya dengan penggunaan floss inilah yang boleh membantu anda untuk memutihkan gigi tau!

Flossing boleh membuat gigi kita kelihatan lebih putih kerana ianya mampu membersihkan makanan dan bakteria yang ada pada celah-celah gigi kita.

Ramai yang takt ahu sebenarnya flossing ini banyak kelebihannya bukan sahaja untuk membantu kita untuk membuang kotoran yang tersekat pada celah gigi sahaja termasuklah boleh membantu untuk melawan nafas berbau juga.

Tetapi ingat ya, jangan guna semual tali floss yang anda dah gunakan itu sekali lagi!

  1. GUNAKAN BAKING SODA

Selain daripada tips pemutihan gigi yang dicadangkan oleh Dr. Amalina seperti di atas, anda juga boleh menggunakan kaedah semula jadi untuk memutihkan gigi.

Mungkin ada di antara kita yang biasa dengan petua ini dan mungkin yang tidak pernah tahu pun sebenarnya kitab oleh memutihkan gigi menggunakan baking soda.

Baking soda atau soda penaik ini mempunyai sifat pemutihan semulajadi yang sering digunakan dalam ubat-ubat gigi yang kita sering gunakan tau! Baking soda juga merupakan pelembap ringan yang boleh membantu untuk menanggalkan noda yang ada pada permukaan gigi kita.

  1. CUKA EPAL CIDER 

Cuka epal cider mempunyai bahan aktif utama yang berkesan untuk membunuh bakteria yang dikenali sebagai ‘cetic acid’ dan ianya boleh dijadikan sebagai bahan yang berguna untuk anda membersihkan mulut dan memutihkan gigi. Cuka epal cider ini juga boleh membantu anda untuk gigi berdasarkan kajian yang telah dijalankan.

Tetapi penggunaan cuka epal cider ini dengan kerap juga tidak bagus untuk anda kerana asid yang terdapat pada cuka epal cider ini boleh menghakis enamel pada gigi anda. Jadi anda dinasihatkan supaya tidak menggunakan cuka epal ini setiap hari dan hadkan penggunaannya.

JANGAN CEPAT TERTIPU DENGAN IKLAN!

Kita sebagai pembeli dan pengguna kena bijak dalam menentukan apa yang kita ingin beli. Jangan sesekali mudah diperdaya dengan iklan-iklan produk yang dijual di media sosial yang kita sendiri tidak tahu kesahihan sesuatu produk itu kepada diri dan kesihatan kita.

BACA JUGA :   BAHAYA PRODUK KECANTIKAN EKSPRES YANG ANDA HARUS TAHU!

Pastikan anda selalu membuat research tentang sesuatu produk itu supaya ianya tidak akan memberikan kesan kepada anda. Jangan hanya nakkan kesan yang cepat sehingga lupa akan bahayanya produk itu!

# DOKTOR GIGI BERTAULIAH

Sebaik-baiknya untuk anda rujuk sudah semestinya doktor gigi yang sentiasa mempersilakan anda untuk berkujung ke klinik mereka untuk mendapatkan rawatan serta mendapatkan pencerahan mengenai apa yang anda tidak tahu. Jangan hanya mengambil jalan mudah sahaja untuk terus mencuba produk-produk yang berada di media sosial tetapi tidak tahu keselamatan sesuatu produk itu.

Anda berminat untuk menjadi doktor gigi? Ingin jadi doktor gigi yang bertauliah, dipercayai dan boleh dirujuk jika pesakit inginkan pencerahan tentang sesuatu perkara yang mereka tidak tahu? Masih mencari di manakah tempat yang sesuai untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pergigian?

Kami mempunyai jawab untuk segala persoalan anda itu!

Jika anda ingin menjadi doktor gigi yang berdaftar dan dipercayai, kami boleh membantu anda untuk meralisasikan impian anda itu supaya bukan sahaja dapat mengejar impian anda bahkan juga dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit-pesakit anda pada satu hari nanti dan memperoleh kepercayaan dari pesakit dengan rawatan yang ada berikan.

Kami anda cara untuk membantu anda merealisasikan impian anda untuk menjadi seorang doktor gigi yang cemerlang! Apa yang anda harus lakukan hanyalah memilih Daulah Educonsult Sdn Bhd untuk membantu anda mencapai impian itu! Bukan sahaja dapat belajar dalam bidang yang anda inginkan malah anda juga dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan Daulah Educonsult Sdn. Bhd.

# JADI DOKTOR BERTAULIAH DENGAN DAULAH EDUCONSULT SDN. BHD!

Usah anda ragu dengan perkhidmatan yang ditawarkan kepada anda kerana Daulah Educonsult merupakan syarikat yang seratus peratus anda boleh percayai dengan universiti-universiti yang ditawarkan merupakan universiti-universiti ‘top’ di negaranya serta yuran pengajian yang murah!

Dengan Daulah Educonsult, anda tidak perlu berebut tempat untuk ke belajar ke luar negara lagi kerana jika anda memilih Daulah Educonsult sebagai agensi yang akan membantu anda menguruskan pembelajaran di luar negara, anda telah pun mendapat tempat ke universiti yang anda inginkan dengan seratus peratus pasti milik anda! Sesi konsultasi percuma turut disediakan!

BERMINAT?

Berminat? Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke negara luar dalam bidang perubatan, anda boleh mengisi borang Google Form ini dan anda akan dihubungi oleh para konsultan Daulah Educonsult yang berpengalaman.

 

.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here