Bagi anda yang ingin menyaksikan sendiri kehangatan bahang Piala AFF Suzuki di antara pasukan bola sepak menentang pihak lawan pada Selasa depan, anda bolehlah mendapatkan tiket perlawanan bagi aksi final pertama Piala AFF Suzuki itu bermula hari ini dan esok (Sabtu) yang akan mula dijual menerusi laman web www.tickethotline.com.my


Sebanyak 40,000 akan dijual kepada penyokong-penyokong pasukan Harimau Malaya menerusi laman web tersebut tetapi hanya 20,000 tiket sahaja akan mula dijual pada hari ini manakala baki selebihnya akan dijual pada esok hari (Sabtu). Penjualan tiket di laman web www.tickethotline.com.my itu akan bermula di jual seawal jam 9 pagi hari ini dan pada hari esok.

Jika anda tidak mahu mendapatkan tiket menerusi online, anda juga boleh mendapatkan tiket final pertama Piala AFF Suzuki itu di lokasi-lokasi penjualan yang akan diumumkan kelak yang akan bermula dijual pada Ahad ini dan sebanyak 40,000 tiket akan dijual secara fizikal.

BACA JUGA :   Kemenangan Perancis Dan Kisah-kisah Lain Mengiringi Final Piala Dunia 2018

Difahamkan juga bahawa buat mereka yang sanggup terbang ke Thailand bagi menyokong dan menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua antara Malaysia dan Thailand pada Rabu lalu di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok untuk menyimpan keratan perlawanan tiket separuh akhir kedua  itu kerana pihak FAM sedang berbincang untuk memberikan keutamaan kepada anda dalam proses pembelian tiket perlawanan aksi final pertama ini.

“Sila simpan keratan tiket separuh akhir kedua bertemu Thailand malam tadi kerana FAM sedang berbincang untuk memberi keutamaan kepada anda semua dalam proses membeli tiket ini. Nantikan pengumuman rasmi mengenainya,” kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Michael Ramalingam.

kredit : kosmo

Stuart turut berkata bahawa harga tiket perlawanan bagi aksi final pertama ini lebih murah berbanding edisi perlawanan pada tahun 2014 yang akan dijual pada harga hanya RM40 bagi dewasa berbanding RM50 pada edisi 2014. Bagi tempat grandstand pula anda boleh mendapatkan tiket pada harga RM50. Bagi tiket masuk kanak-kanak pula akan dijual pada harga RM5 sahaja lebih murah berbanding edisi perlawanan 2014 di mana tiket masuk bagi kanak-kanak dijual pada harga RM10.

BACA JUGA :   Harimau Malaya Antara Yang Terendah Dalam Carta FIFA?
kredit : awani

Penurunan harga tiket oleh FAM ini dilakukan sebagai menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh penyokong kepada skuad Harimau Malaya yang menyaksikan aksi separuh akhir pertama antara Malaysia dan Thailand pada Sabtu (1 Disember) lalu di mana sebanyak 80,000 tiket telah berjaya dijual.

Malaysia akan bertemu dengan pasukan Vietnam pada Selasa nanti selepas Vietnam telah berjaya mengalahkan Filipina pada aksi separuh akhir kedua semalam.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here