Selepas drama ‘Warkah dari Cordoba’ antara Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof dan Nurul Izzah tular di media sosial beberapa hari dalam minggu ini, kali ini Dominos Malaysia pula tampil dengan drama yang ‘diadaptasikan’ dan ‘diinspirasikan’ oleh drama Kekanda Adinda ini.

Hari ini Dominos Malaysia telah memuat naikkan satu posting di laman sosial Instagram milik mereka dengan berkongsi sebuah ‘drama kekanda adinda’ bersama followers mereka yang pasti akan menghiburkan hati anda!

Pandai betul strategi marketing yang digunakan Domino’s ni!

Melalui posting yang dimuat naik, Dominos dilihat sedang mempromosikan menu dessert terbaharu mereka iaitu ‘Butterscotch Bread & Butter Pudding.’ Tapi apa yang mencuit hati sangat tentang pengenalan yang digunakan Domino’s adalah ayat yang digunakan iaitu :

“Ke hadapan Adinda yang kukasihi,

 Kekanda kini ada di Domino’s. Mereka ada Butterscotch Bread & Butter Pudding BAHARU yang adinda inginkan. Kekanda tak boleh majan tanpa memikirkan adinda. Jadi kekanda akan membawa pulang Butterscotch Bread & Butter Pudding ini untuk adinda

 Sekian,

 Yang benar,

 Kekanda yang setia.”

Domino’s turut meletakkan caption gambar berkenaan dengan lagu ‘Dinda’ yang dipopularkan oleh kumpulan Masdo.

BACA JUGA :   “SELAMAT MAJU JAYA KEPADA PEMIMPIN DAN PARTI.” – NURUL IZZAH LETAK JAWATAN

Rata-rata netizen meninggalkan komen terhibur dengan troll Domino’s itu dan setakat kini posting itu berjaya mendapat sebanyak 372 likes dalam masa yang singkat sebaik sahaja ianya dipostkan selama sejam.

Jika anda tidak tahu apa itu ‘Warkah di Cordova’ yang kami maksudkan ini, ianya merupakan surat terbuka yang telah dihantar kepada Nurul Izzah oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa yang telah mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia dan antara highlight surat tersebut adalah penggunaan bahasa panggilan ‘kekanda adinda’ yang digunakan Mujahid. Bukan sahaja mendapat perhatian netizen bahkan bekas juga Perdana Menteri yang tidak mahu melepaskan peluang menyindir Mujahid.

Surat terbuka yang dihantarkan kepada Nurul Izzah itu sebenarnya mempunyai maksud yang mendalam yang cuba untuk disampaikan oleh Mujahid kepada Nurul Izzah dan dikatakan mungkin berguna buat generasi muda yang melalui liku-liku politik dalamn sama seperti apa pernah dialaminya.

Anda boleh membaca ‘Warkah dari Cordova’ yang mempunyai 25 perenggan itu di SINI.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here