Remaja perempuan berusia 17 tahun terlalu berani mempertaruhkan nyawa akibat “birdbox challenge” iaitu memandu secara bahaya sambil menutup mata yang di inspirasikan oleh filem itu.

Dalam cabaran media sosial itu, individu diwajibkan memandu sambil menutup mata dengan kain seperti dilakukan watak “Sandra” dalam filem seram itu kerana mengelak kuasa jahat yang menyasarkan mangsa melalui penglihatan mereka.

Insiden tersebut kemudiannya mengakibatkan pelanggaran antara trak pikap dan sebuah Honda HR-V. Tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan. Polis akan mendakwanya atas tuduhan memandu secara cuai dan berbahaya.

Leftenan Travis Lyma memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak mengikuti jejak langkah dan meniru watak dalam filem tersebut. Tambahannya lagi, “ saya jujur mengatakan yang saya hampir malu untuk berkata ‘jangan memandu dengan mata anda tertutup’ tapi nampaknya sekarang kita perlu katanya.

BACA JUGA :   Bahaya Penggunaan Kanta Lekap, Jika Tidak Mendapat Rawatan Pakar

Harapnya tiada rakyat Malaysia yang berniat untuk buat cabaran ini.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here