Sambung pengajian ke luar negara pastinya menyeronokkan jika anda bijak dalam memanfaatkan masa anda. Ramai dalam kalangan pelajar hanya menghabiskan masa di bilik asrama. Namun anda silap kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang berada di luar negara. Di sini kami akan senaraikan beberapa gunung yang wajib anda lawati sepanjang berada di Indonesia.

GUNUNG MERAPI

Ini antara salah satu gunung yang masih aktif dan terletak di Jawa Tengah. Bagi anda yang ingin mendaki gunung ini digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar mahupun malin di sekitar anda.

Masa yang diambil untuk sampai ke puncak gunung lebih kurang 45 minint hingga satu jam. Ketinggian 2930 meter dari paras laut menjadikan gunung ini antara yang tertinggi berbanding gunung yang lain.

Pendaki juga akan diberhentikan di suatu temat yang lapang untuk rehat sementara waktu sebelum meneruskan ekspedisi ini. Apabila anda sudah sampai di puncak, pastinya pemandangan yang indah akan memukau anda.

GUNUNG MERBABU

Lokasi gunung ini juga terletak di Jawa Tengah. Jika anda tidak mahu mendaki Gunung Merapi, anda pasti mahu mendaki Gunung Merbabu yag terletak tidak jauh dari situ. Bagi anda yang ingin ke sini, pihak pengurusan sudah pun menyediakan laluan pendakian agar anda tidak sesat.

BACA JUGA :   Pendaftaran awal untuk ke Universiti Luar Negara

Terdapat pelbagai tumbuh-tumbuhan yang tumbuh subur di lereng bukit ini antaranya bunga edelweis dan banyak lagi. Jika anda sudah sampai ke puncak, anda akan melihat satu pemandangan yang indah dan juga dapat melihat Gunung Merapi dari situ.

GUNUNG RINJANI

Bagi anda yang mencari kecantikan fauna yang mempersona, boleh berkunjung ke Gunung Rinjani. Gunung Rinjani terletak di Pulau Lombok di Nusa Tenggara Barat. Jika anda ingin tahun, gunung merupakan gunung yang diiktirah paling lawa di Asia Tenggara.

Bukan itu sahaja, terdapat juga bunga edelweis sepanjang pendakian anda ke puncak. Bagi anda yang ingin menikmati panorama matahari terbit, pastikan anda datang lebih awal dan pastinya anda akan terkaku dengan keindahan alam ini di Gunung Rinjani.

GUNUNG SEMERU

Merupakan gunung paling tinggi di Pulau Jawa menjadikan Gunung Semeru paling terkenal bagi pendaki. Gunung Semeru menyimpan ribuan khazanah flora dan fauna menjadikan pulau ini semakin terkenal. Namun begitu, hanya 500 pendaki sahaja yang dibenarkan mendaki dalam suatu masa tertent.

Ini bagi menjaga persekitaran alam agar kekal terjamin dan tidak tercemar. Terdapat juga danau apabila anda sudah tiba di puncak tersebut. Danau yang tereletak dengan ketinggian 2,400 meter dari aras laut menjadikan Gunung semakin cantik.

Terdapat juga tumbuhan lain yang “liar” hidup tanpa sebarang tangan yang “gatal” ingin mengambilnya seperti bunga lavender dan banyak lagi.

BACA JUGA :   Sertai Program Madrasah Daulah Untuk Menyambung Pengajian Di Mesir.

GUNUNG PRAU

Gunung ini boleh dikatakan seperti dataran yang rata terletak di pergunungan yang sangat indah. Ini antara tempat yang wajib anda kunjungi jika berada di Indonesia. Melalui dataran yang tinggi ini, akan dapat menyaksikan deretan gunung yang lain seperti Gunung Sindoro dan Sumbing.

Dataran rumput yang luas ini juga menjadika pendaki mahupun pengunjung dapat menghabiskan waktu terluang. Ketinggian 2,565 meter dari paras laut menjadikan gunung ini agak tinggi dan cerun.

INGIN BELAJAR DI INDONESIA?

Bagi anda yang memasang impian untuk melanjutkan pengajian ke sini, Indonesia adalah kawasan yang strategik. Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke senarai gunung di atas bagi sebuah pengalaman yang luar biasa.

Bagi anda yang berimpian untuk menyambung pengajian ke sini, terdapat sebuah agensi yang mesra dikenali Daulah Educonsult. Agensi ini sudah lama bertapak di Ampang, Selangor dan menguruskan kemasukan pelajar ke luar negara.

Bagi anda yang berminat untuk ketahui lebih lanjut mengenai Daulah Educonsult, boleh tekan di sini. Jika anda berminat untuk terus mendaftar, boleh tekan di sini, pihak Daulah Educonsult akan hubungi anda dalam kadar yang segera.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here