Lembaga Pemduduk dan Pembangunan Keluarga Negara telah memperkenalkan kempen untuk mencegah kegiatan seks di luar nikah dan nampak seperti kempen ini difokuskan kepada golongan remaja.
Dengan menggunakan tanda pagar #JagaDiri dan #StayAbstinance, ia diharapkan boleh memberikan kesedaran bukan saja kepada remaja yang baru nak mengenal dunia, tetapi juga kepada ibu bapa yang mempunyai anak remaja.
Selain itu, kempen ini juga memberi mesej kepada remaja perempuan bahawa mereka harus menolak sebarang ajakan untuk melakukan seks daripada sesiapa saja dan melaporkan kepada pihak yang sepatutnya jika dikasari.
Kempennya Bagus Tapi…
Kempen ini bermula awal tahun ini dan mula digiatkan oleh semua jabatan kerajaan yang berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Tapi, walau pun kempen ini nampak bagus, mesejnya untuk mempertahankan wanita, tapi mesti aka nada beberapa loop hole yang tak kena. Menurut beberapa pendapat oleh NGO lain, kempen ini seperti tidak akan berkesan.
Pengarah Program Pulau Pinang bagi Women’s Center For Change, Karen Lai berpendapat yang kempen ini bertujuan untuk mengekang isu sosial dan kehamilan yang tidak sepatutnya.
Pendekatan konservatif seperti ini baginya tidak akan berkesan kerana bersifat berat sebelah, terlalu melulu, dan tidak menyeluruh. Mesej keagamaan yang dibawakan dalam kmepen ini juga dilihat tidak akan mendatangkan kesan.
Baginya, kempen yang sepatutnya adalah dengan memberi pendedahan kepada remaja tentang tubuh badan mereka, rasa saling mneghormati, dan memahami apa yang akan berlaku jika sesuatu perkara (seks luar nikah) dilakukan.
Pengarah eksekutif bagi Asia Pacific Resource and Research Centre for Women (Arrow), Sivananthi Thanenthiran pula berpendapat yang walau pun selepas perkahwinan, kejadian rogol, jangkitan penyakit seksual, dan kehamilan tak dirancang tetap boleh berlaku.
“Walau pun dalam perkahwinan, perkara tersebut masih lagi boleh terjadi. Apa yang perlu ditekankan adalah rasa saling menghormati dan bertimbang rasa adalah komponen penting dalam sesebuah perhubungan, bukan saja ikatan perkahwinan”
Idea mencegah seks sebelum nikah ini adalah bagi Sivananthi adalah seperti ajaran keagamaan, dengan data yang menunjukkan bahawa seks sebelum nikah ini terjadi kerana kurangnya pengetahuan mengenai pendidikan seks.
“Sekali pun seseorang wanita itu beragama, dia tetap seorang manusia dan berhak untuk mengetahui dan meneroka naluri seksualnya dan bebas untuk meluahkanuntuk ini, dia sepatutnya tahu untuk melindungi dirinya daripada kehmilan tak dirancang dan juga penyakit kelamin.”
Bagi penasihat dan pegawai komunikasi Women’s Aid Organisation, Tan Heang Lee pula mneyatakan sokongan dengan fokus sepatutnya dibuat dengan mendedahkan para belia dengan pengetahuan yang sepatutnya berbanding hanya menahan diri daripada melakukan seks.
“Kajian menunjukkan pendidikan seks yang memberikan pendedahan mengenai menahan diri adalah tidak efektif dalam mengurangkan kehamilah yang tidak dikehendaki.”
Anda bersetuju tak dengan pendapat oleh wakil NGO ini? Atau anda ada pendapat lain yang lebih berkesan bagi membolehkan kerajaan mencapai matlamat kempen ni. Jangan malu untuk kongsikan bersama kami.