Siapa kata orang Malaysia ni kalau pergi mana-mana pertandingan mesti dihantarnya pasuka yang level cikai-cikai. Atau pun, bila sertai mana-mana kejohanan, mesti kalah. Buktinya? Malaysia telah menjuarai Pertandingan Piala Pastri Dunia 2019!

Pertandingan yang diadakan di Lyon, Perancis itu menyaksikan pesert daripada 21 negara termasuk Jepun, Belgium, Brazil, dan Amerika Syarikat. Setelah berentap selama 10 jam, pasukan Malaysia muncul juara dengan pasukan Jepun di tempat kedua dan Itali di tempat ketiga.

Malaysia sebelum ini telah menjadi juara bagi kejohanan pastri peringat Asia di Singapura pada tahun lepas sebelum meneruskan cabaran ke pertandingan peringkat antarabangsa.

Kejohanan ni juga telah mencipta sejarah tersendiri apabila segala hidangan yang disediakan haruslah tidak menggunakan bahan beraaskan haiwan atau bahasa senangnya ia haruslah hidangan vegan!

BACA JUGA :   Tempoh Kuarantin Kepada Pengembara Dikurangkan Kepada 10 Hari Berbanding 14 Hari

Dalam cabaran selama 10 jam yang berlangsung, setiap pasuka yang mewakili negara masing-masing wajib menyediakan beberapa hidangan yang telah disenaraikan termasuklah beberapa arca yang diperbuat daripada coklat.

Hidangan lain yang wajib disediakan termasuklah pencuci mulut diperbuat daripada coklat Valrhona, 19 pinggan pencuci mulut dan arca yang diperbuat daripada gula.

Cabaran Vegan.

Disebabkan kesemua hidangan pencuci mulut yang dihasilkan haruslah vegan dan tidak menggunakan bahan yang bukan beraaskan haiwan. Jadi setiap peserta harus berfikiran luar kotak bagi menghasilkan pencuci mulut yang layak untuk dinilai.

Yalah, memandangkan makanan vegan dan tidak dihasilkan menggunakan hasil dripada haiwan kini telah menjadi trend. Veganisme dan vegetarian dikatakan merupakan antara gaya hidup yang lebih sihat (?).

BACA JUGA :   Kerjasama KKM Dengan Hospital Swasta Dalam Rawatan COVID-19.
Cef pastri yang mewakili Malaysia ke kejohanan Piala Pastri Dunia 2019 di Lyon, Perancis. (Sumber gambar: Rojak Daily)

Malaysia yang diwakili oleh sepsukan 2 orang chef pastri, Chefs Tan Wei Loon, Otto Tay and Loi Ming Ai dan diketuai oleh pengajar dan ketua cef daripada Universiti Sunway, Patrick Siau.

Kejayaan menewaskan 21 pesaing dalam tempoh 10 jam dengan menghasilkan pencuci mulut vegan memang adalah kejayaan yang sepatutnya dihebahkan! Lebih baik? Contohi kesungguhan mereka hingga berjaya mewakili mereka sampai berjaya banggakan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here