Gara-gara melarang atlet Israel daripada bertanding di Kejohanan Renang Dunia Para 2019, yang bakal dianjurkan oleh negara kita, Malaysia telah hilang kelayakan untuk menganjurkan kejohanan yang sepatutnya berlangsung di Kuching, Sarawak pada 29 Julai sehingga 4 Ogos 2019.

Keputusan penarikan hak penganjuran tersebut diumumkan oleh Badan Pentadbir IPC selepas mesyuarat di London kerana Malysia bertegas tidak membenarkan penyertaan atlet Israel menyertai kejohanan tersebut.

Presiden IPC, Andrew Parsons dalam satu kenyataan mengatakan bahawa semua kejohanan dunia mestilah terbuka kepada semua atlet dan negara yang layak bertanding serta bersaing dengan selamat dan bebas dari didiskriminasi.

Tindakan tuan rumah Malaysia yang menyisihkan atlet dari negara tertentu atas alasan politik, maka pihak mereka tidak mempunyai pilihan untuk mencari tuan rumah baru bagi kejohanan ini dan akan menjadi kelayakan untuk ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

IPC turut menyatakan bagi mana-mana negara yang ingin menjadi tuan rumah pengganti kejohanan diminta untuk menyatakan hasrat minatnya pada 11 Februari ini.

BACA JUGA :   Provokasi Perkauman. Ini Adalah Cara Untuk Menghadapinya!

Sebelum ini, apabila Malaysia dianugerahkan penganjuran kejohanan itu pada 2017, IPC telah diberi jaminan bahawa semua atlet dan negara yang layak akan dibenarkan menjadi peserta.

Namun, setelah berlakunya perubahan politik dan kerajaan Malaysia yang baru, Malaysia mempunyai idea yang berbeza.

Keputusan IPC ini turut mengundang kecaman daripada netizen-netizen Malaysia di ‘Fanpage’ IPC, yang rata-ratanya menyokong keputusan tegas Dr. Mahathir.

Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir bertegas bahawa Israel tidak sepatutnya datang ke Malaysia kerana mereka tidak mempunyai hubungan diplomatik bersama, pada 19 Januari yang lalu.

Dr. Mahathir turut menegaskan sekali lagi pada 22 Januari lalu, bahawa orang yang tidak diingini semestinya dihalang masuk ke negara ini kerana pihak Malaysia tidak mahu mengadakan sebarang hubungan atau urusan dengan pihak Israel termasuk rakyatnya.

BACA JUGA :   Vaksin Akan Diberi Kepada Pelajar Yang Menduduki Peperiksaan Besar Tahun Ini Bermula Julai

Tambah beliau, setiap negara mempunyai hak untuk menerima atau menolak kedatangan orang lain kerana bagi Malaysia, Israel merupakan sebuah negara penjenayah dan kita tidak dapat menerima mereka.

Tegas Dr. Mahathir lagi, Malaysia mempunyai hak dan hak tersebut mestilah dikuatkuasakan. Beliau berkata para atlet ini datang dari sebuah negara yang melakukan apa sahaja yang mereka suka termasuk membina penempatan di negara orang dan mengusir penduduk di negara itu sendiri.

Mereka ini juga telah menyerang kapal kita yang membawa bantuan untuk rakyat Gaza di sana, malah terlalu banyak yang telah dilakukan oleh Israel yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan moraliti.

Ketegasan Dr. Mahathir ini harus dipuji dan dicontohi oleh negara-negara lain kerana mempunyai pendirian yang tetap dan kukuh serta tidak bertolak ansur dalam soal penindasan dan kekejaman terhadap rakyat di negara-negara yang ditindas.

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here