Nasib Berbeza Dua Manchester. City Terkulai United Hampir Rebah.

0
624

Manchester City tewas jua apabila sering mencatatkan kemenangan yang besar. Berbeza dengan United dengan 8 kemenangan berturut-turut akhinya terikat seri.

Apa yang lebih menarik untuk diperkatakan adalah dua pasukan Manchester ini berada dalam prestasi terbaik.  Malahan mereka bertemu dengan dua pasukan yang sedang bergelut untuk keluar daripada zon penyingkiran.
Axw9d06p oKekalahan Manchester City sudah pasti memberi khabar gembira untuk seteru utama mereka iaitu Liverpool. Peluang Liverpool untuk merangkul gelaran juara semakin cerah sekiranya menang dengan Leicester City malam ini.

Seterusnya menjarakan kedudukan dengan City kepada 7 mata. Mereka wajib menang jika ingin merangkul kejuaraan. City yang menentang Newcastle telah tewas mengejut walaupun City mendahulu minit pertama hasil jaringan Sergio Aguero.

BACA JUGA :   Pemain Profesional, David Silva Sah Bersara Dari Bola Sepak Antarabangsa

Xzggf3wi o

Gol awal itu tidak menjamin kemenangan City kerana Newcastle telah bangkit pada separuh masa kedua. Hasil jaringan S. Random dan gol sepakan penalti oleh Matt Ritchie pada minit 66 dan 80.

Nasib yang hampir sama diterima oleh Manchester United apabila ketinggalan 2-0 pada awalnya menentang pasukan Burnley. United yang gah dengan 8 kemenangan berturut-turut sejak di bawah jurulatih Ole Solskjaer hampir mencatat kekalahan pertama.

Hoknczjv o

Tuan rumah dikejutkan dengan gol oleh Ashley Barnes pada minit 51. Burnley yang bermain secara bertahan membuatkan serangan United tidak berfungsi. United yang bermain di tempat sendiri di Old Trafford kembali cemas pada minit 81. Burnley berjaya menjaringkan gol hasil jaringan Chris Wood.

BACA JUGA :   Chelsea Terus Lemau Musim Ini. City Terus Berkuasa.

Mereka hampir mencatatkan kekalahan pertama di bawah kendalian Solskjaer di Old Trafford bertukar mimpi indah apabila diberikan sepakan penalti. Sepakan penalti diberikan pada minit 87 disempurnakan oleh Paul Pogba.

Znyzhwjp o

Penyokong Manchester United akhirnya boleh menarik nafas lega apabila Victor Lindelof menjadi wira apabila menjaringkan gol pada minit 90. Gol itu berjaya dipertahankan sehingga ke wisel penamat.

United harus menerima hakikat bahawa mereka terpaksa bekerja keras untuk berada dalam kedudukan 4 terbaik. Hal ini kerana, Arsenal berjaya menjarakkan kedudukan mereka dengan perbezaan 2 mata. Arsenal berjaya mencatatkan kemenangan ke atas Cardif City.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here