Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan Dana Rumah Mampu Milik yang mensasarkan peluang yang lebih luas bagi golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah pertama.
Dana Rumah Mampu Milik yang berjumlah 1 bilion, rakyat Malaysia dengan pendapatan bulanan isi rumah sebanyak RM2,300 dan ke bawah layak mendapat pinjaman dengan kadar pembiayaan 3.5 peratus setahun untuk kediaman berharga RM150,000 dan ke bawah. Dana ini tersedia selama dua tahun mulai 2 Januari 2019 atau sehingga dana RM1 bilion ini habis digunakan.
Antara bank yang terlibat dalam Dana Rumah Mampu Milik ini adalah AmBank, CIMB, Maybank, dan RHB.
Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng berkata beliau berharap agar dana ini dapat membantu mengurangkan masalah rumah mampu milik yang dibina oleh kerajaan negeri atau persekutuan tidak dapat dijual bukan kerana tidak ada membeli, tetapi sukar untuk mendapat pinjaman oleh pembeli-pembeli.
Masalah ini telah lama membelenggu pembeli rumah kali pertama kerana mereka-mereka sukar untuk mendapat pinjaman meskipun banyak rumah yang dibina, tetapi tiada pembeli.
Ia disebabkan institusi bank yang memberikan pinjaman dan pemohon gagal mematuhi syarat pinjaman, jadi program ini menyeru agar pihak bank melonggarkan syarat pinjaman. Namun begitu, syarat-syarat tersebut adalah berdasarkan garis panduan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Berikut adalah kriteria dan ciri-ciri Dana BNM bagi Rumah Mampu Milik:
- Layak dipohon oleh warganegara Malaysia dengan pendapatan maksimum bulanan isi rumah sebanyak RM2,300
- Harga harta tanah adalah sehingga RM150,000
- Kadar pembiayaan adalah sehingga 3.5% setahun
- Institusi kewangan yang mengambil bahagian ialah AmBank, Bank Simpanan Nasional, Maybank dan RHB Bank.
Pemohon dana juga diwajibkan melalui modul pembelajaran atas talian yang dijalankan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bank pusat itu sebelum mereka layak memohon dana berkenaan.
Gabenor Bank Negara Malaysia, Shamsiah Yunus berkata ia bertujuan untuk meningkatkan celik kewangan di kalangan isi rumah berpendapatan rendah.
Dana Rumah Mampu Milik dengan kadar pembiayaan yang rendah ini harus dilihat sebagai satu kemudahan sementara, untuk suatu tempoh yang terhad dan dilaksanakan secara berhemat.