Bagaimana jika anda berdepan dengan detik cemas? Apabila rumah anda dipecah masuk namun anda tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Ini kerana penyamun mungkin mempunyai senjata merbahaya. Mungkin boleh mencederakan anda dan orang lain.

Kita tidak mengharapkan perkara itu sering berlaku namun kes samun sering kali berlaku sehingga mengorban nyawa yang tidak berdosa. Terbaru apabila seorang lelaki di bawa pengaruh dadah telah memasuki rumah penduduk tempatan dan menggelar kedua-dua anak penghuni.

Keselamatan sangat penting bagi anda walaupun berada di rumah sendiri. Bahaya kini berada di mana-mana sahaja. Walupun dengan pengawal keselamatan dan kamera litar tertutup (CCTV) 24 jam, penghuni perlu jua berhati-hati.

BACA JUGA :   TIPS KESELAMATAN KETIKA MEMANDU KENDERAAN KETIKA MUSIM HUJAN

Sehubungan dengan itu, sebuah aplikasi telah dibina oleh syarikat Compunet Technology Sdn. Bhd. Pengarah Nik Ahmad Nizam Nik Othman berpendapat, dengan adanya aplikasi ini sedikit sebanyak dapat membantu dan mengurangkan bahaya penghuni kawasan perumahan tersebut.

MyTaman adalah sebuah aplikasi peranti mudah alih yang dibina khusus bagi menambah keupayaan keselamatan dalam kawasan perumahan. Peranti ini juga mempunyai beberapa ciri khas yang lain seperti penggera keleselamatan sekiranya berlaku jenayah di kawasan rumah anda.

Anda boleh mendapatkan aplikasi MyTaman di Google Play Store dan Goole App Store bagi pengguna Android dan Apple. Pembuatan aplikasi ini mengambil masa selama enam bulan bagi ujikaji sebelum siap sepenuhnya pada tahun 2015. Pada peringkat awal, jumlah pelayar yang memuat turun aplikasi ini mencecah antara 100 hingga 200 sehari.

BACA JUGA :   Berwaspada di Tempat Awam! Ini Tips Yang Anda Boleh Ikuti

Pada awal tahun 2016, aplikasi MyTaman sudah digunakan lebih daripada 50 taman perumahan di seluruh di seluruh negara terutamanya di kawasan sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor. Pihak syarikat kini semakin memfokuskan projek perintis keselamtan ini.

Bagi pasaran luar negara, syarikat ini mensasarkan untuk menarik minat dari negara jiran bagi menggunakan aplikasi ini dari Indonesia, Thailand dan Singapura. Dengan adanya sistem MyTaman, keselamatan penduduk setempat dapat dikurangkan dan sebegitu juga dengan jenayah dapat diberkas.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here