Oh ini rupanya kebaikan ketum ?

0
3262

Daun ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang.
ketum atau dalam bahasa Inggeris disebut ‘kratom’ banyak ditemui di beberapa kawasan di Asia Tenggara khususnya di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Papua New Guinea.

Antara salah tanggapan mengenai ketum adalah mengatakan bahawa ia selamat digunakan untuk tujuan kesihatan atas alasan berasal daripada tumbuhan semula jadi, namun bukan semua yang berasal daripada tumbuhan semula jadi selamat digunakan.

Ganja juga berasal daripada tumbuhan semula jadi, namun ia juga dikategorikan di bawah dadah berbahaya dan boleh memberi pelbagai kesan negatif terhadap kesihatan.

Ada bukti bahawa penggunaan ketum memberi kesan yang sama seperti beberapa dadah terlarang lain termasuk heroin dan morfin yang berada di alam kategori ‘opioids’.

Justeru, ia sebenarnya boleh menyebabkan kesan sampingan sekiranya digunakan dalam jangka masa yang kerap dan lama termasuk ketagihan, salah guna dan seterusnya kematian. Ia kerap digunakan untuk mendapat kesan ‘euphoria’ atau keseronokan melampau dalam jangka pendek.

BACA JUGA :   Statistik Dapati Ribuan Pelajar Di Bangku Sekolah Terjebak Dengan Najis Dadah, Di Mana Silap Kita ?

Daun ketum diproses menjadi cecair dan dibungkus kemudian dijual kepada pengedar di serata daerah di Malaysia. Penagih akan mencampurkan air ketum dengan dadah seperti pil kuda atau heroin sebelum diminum.

Terdapat juga penagih yang mengambil dadah lain pada masa sama diselang-selikan dengan meminum air ketum.

Mengikut American Addiction Centers, terdapat kesan negatif penggunaan ketum dalam jangka panjang termasuk sawan, kerosakan hati, kurang selera makan, penurunan berat badan berlebihan, masalah tidur dan “withdrawal symptoms.”

“Withdrawal symptoms” ialah kesan sampingan sekiranya berhenti menggunakan ketum selepas tempoh yang lama termasuk sakit badan, muntah, cirit-birit, perangai agresif dan masalah tidur.

Namun, kesan sampingan utama ialah ketagihan kepada ketum yang membawa kepada kerosakan fungsi otak dan akal, selain masalah sosial lain termasuk keruntuhan akhlak dan moral yang seterusnya merosakkan institusi keluarga.

BACA JUGA :   Pemandu Vios Hitam ‘High’ Ganja

Daun ketum mengandungi bahan aktif mitragynine iaitu sejenis alkaloid psikoaktif. Bahan ini dikawal dibawah Akta Racun 1952 dibawah peraturan kawalan psikotropik. Terdapat juga 24 bahan lain yang terkandung didalam ketum antaranya ajmalin, corynanthedine, mitaphylline, paynanthesine, speciophylin dan speciogynine.

 

Kesan pengambilan mitragynine yang berlebihan:

  • Rasa khayal (euforia)
  • Rasa pening
  • Mengantuk
  • Muntah

Kesan buruk pengambilan ketum secara berterusan:

  • Mengakibatkan ketagihan
  • Bibir dan kulit jadi kehitaman seperti kesan lebam dan terbakar terutama di pipi
  • Kulit menjadi kering
  • Sembelit
  • Insomnia

Undang-Undang Yang Mengawal Ketum

Mitragynine iaitu bahan aktif dalam air daun ketum adalah bahan psikotropik yang dikawal di Malaysia. Mitragynine disenaraikan dalam Jadual Ketiga Racun (Bahan-Bahan Psikotropik), Akta Racun 1952.

Menurut Seksyen 30 Akta Racun 1952, adalah satu kesalahan bagi aktiviti pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan pemilikan bahan-bahan psikotropik yang tersebut.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here