Pas Dan Umno Bakal Bersatu? Realiti atau Fantasi.

0
1566

Pas dan Umno akan dapat manfaat yang cukup besar sekiranya mereka bersatu. Kerjasama di antara kedua parti ini akan terjawab selepas PRK di Dun Semenyih.

Menurut Prof Madya Dr Rusdi Omar kerjasama antara kedua-dua parti ini bergantung kepada keputusan PRK yang bakal berlangsung 2 Mac ini. Beliau juga merupakan Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM).1okybtcm o

Kerjasama antara dua parti ini ada asasnya kerana di PRK Cameron Highland telah membuktikan segalanya. Pas dan para penyokongnya membantu mengundi calon BN. PRK Semenyih akan menjadi kayu ukur sejauh mana kerjasama itu dapat diteruskan atau hanya sekadar menolong.

Kemenangan di PRK Semenyih mampu memberi haluan Pas untuk berkerjasama dengan Umno. Sekiranya kalah di PRK Semenyih pasti kerjasama itu tidak akan berlaku kerana mempunyai kepentingan politik masing- masing.W64ebl6s oJika kerjasama Pas dan Umno menjadi kenyataan sudah pasti kerajaan Pakatan Harapan akan rasa tergugat. Lihat sahajalah hasil kerjasama dua parti ini telah membolehkan BN mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highland tempoh hari.

BACA JUGA :   Ini Respon Sinis Yang Diucapkan Tun M Ketika Bertemu Zahid Hamidi

Kedua-dua parti ini sukar untuk berkerjasama atas dasar mempunyai prinsip-prinsip parti dan ideologi tersendiri. Namun, kerjasama mereka hanya mampu terjadi atas dasar untuk membela kaum Melayu. Konfilik akan berlaku apabila melibatkan pembahagian kerusi semasa pilihan raya umu ke 15 nanti.Jxlrpmmw oKonflik akan berlaku apabila melibatkan isu seperti perebutan kawasan untuk bertanding, pemilihan calon dan ideologi serta pendirian sememangnya itu harus bertolak ansur. Pas dan Umno memerlukan antara sama lain untuk menentang Pakatan Harapan.

Kerjasama di antara kedua parti ini telah berjaya di PRk Cameron Highland. Melalui kempen kerjasama mereka berjaya menumbang Pakatan Harapan. Dengan membawa sentiment isu semasa DAP dan PH telah berjaya membantu kemenangan BN.O9sd35au oTerjalin atau tidak kerjasama mereka hanya akan terjawab selepas PRK Semenyih ini. JIka benar akan berkerjasama sudah pasti ia satu keputusan yang tidak dijangka. Sudah pasti jika kerjasama mereka membawa kebaikan kepada rakyat dan negara tiada sebab untuk rakyat menolak parti ini.

BACA JUGA :   Jamal Yunos Bakal Dilantik Menjadi Ketua Pemuda UMNO Yang Baru ?

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here