Perhatian kepada sesiapa sahaja yang mungkin akan ke KLIA atau KLIA 2 kerana Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada Ahad lalu telah mengatakan bahawa jika anda merupakan seorang penumpang yang akan berada di lapangan terbang itu, anda mungkin akan perasan dan mengalami sambungan telefon anda tidak baik atau berada dalam keadaan ‘poor connectivity.’

MAHB telah memuat naik sebuah notis menerusi laman sosial Facebook mereka bagi memaklumkan bahawa mereka sedang menaik tarafkan infrastruktur komunikasi mereka di KLIA mulai 1 Januari 2019 bagi meningkatkan liputan dan kapasiti mudah alih di sana.

MAHB turut memberitahu bahawa keadaan perkhidmatan ini akan dijangka kembali normal dalam tempoh masa 3 bulan kerana ianya akan dilakukan secara berperingkat. Disebabkan ini, anda yang akan pergi ke KLIA atau KLIA 2 mungkin akan mengalami gangguan ‘sekejap-sekejap’ semasa tempoh naik taraf perkhidmatan ini dilakukan.

BACA JUGA :   Teman Wanita Terkejut Sewaktu Berjumpa Dengan Teman Lelaki "Kacak"

MAHB turut menggesa penumpang yang berada di KLIA atau KLIA 2 untuk menggunakan beberapa alternatif lain yang disediakan seperti servis WiFi percuma yang disediakan di kedua-dua terminal lapangan terbang untuk keperluan sambungan internet anda. Jika anda memerlukan untuk membuat panggilan telefon semasa berada di sana, ada bolehlah menggunakan talian tetap mereka di kaunter maklumat terdekat.

Penumpang juga boleh pergi kemana-mana Airport CARE Ambassador untuk mendapatkan bantuan segera tidak kisahlah untuk menyambungkan WiFi kepada telefon bimbit anda atau pun untuk mencari talian tetap yang terdekat kerana mereka sedia untuk membantu anda.

MAHB difahamkan telah melantik ‘edotco Group’ yang merupakan syarikat di bawah Axiata Group bagi mengambil alih rangkaian liputan bangunan terminal lapangan terbang itu dari Skai Network Sdn.Bhd.

BACA JUGA :   Terminal Baru KLIA 3 Bakal Dibina Kerana KLIA & KLIA 2 Sudah Terlalu Padat

Jadi ingat ya, jika anda ingin pergi ke KLIA atau KLIA 2 nanti untuk menaiki pesawat, pastikan connect siap-siap dengan Wi-Fi yang telah disediakan di terminal lapangan terbang supaya sambungan internet anda tidaklah sekejap ada, sekejap tak ada tau!

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here