Selepas kes yang melibatkan pemain bola sepak terkenal dunia ini yang didakwa telah merogol seorang wanita yang dikenali sebagai Kathryn Mayorga di Palms Place Hotel, Las Vegas pada tahun 2009 yang lalu, polis di Las Vegas telah mengeluarkan waran DNA dari Cristino Ronaldo untuk membantu mereka melakukan siasatan.

Selepas kejadian yang berlaku pada tahun 2009 itu, wanita warganegara Amerika Syarikat itu telah melakukan laporan polis berkenaan apa yang terjadi di antaranya dan Ronaldo tetapi dikatakan Kathryn Mayorga telah menerima bayaran sebanyak $375,000 (RM1.53 juta) untuk menutup mulut berkenaan malam itu.

Peguam mewakili Ronaldo mengesahkan memang ada bayaran dibuat kepada Kathryn Mayorga tetapi turut mendakwa bahawa sebahagian daripada dokumen yang melibatkan bahan bukti ‘telah dicuri’ dan ‘dipalsukan.’

BACA JUGA :   Penganggur Dihukum Gantung Sampai Mati, Bunuh & Rogol Isteri Polis Bantuan

Kathryn Mayorga kemudiannya membuat tuntuan supaya mahkamah mengetepikan perjanjian itu dan membuatkan polis Las vegas kembali untuk membuka kertas siasatan berhubung kes tersebut.

Pihak berkuasa di Nevada dipercayai telah menemui DNA kepunyaan seseorang selain dari wanita itu pada pakaian yang dipakainya pada tahun 2009 dan pihak berkuasa mahu mengesahkan bahawa adakah benar DNA itu milik Ronaldo.

Semalam polis Las Vegas telah menghantar waran ke Itali. Pihak berkuasa Itali dijangka akan mengumpulkan DNA dari Ronaldo dan akan menghantar kembali ke pihak berkuasa di Amerika Syarikat untuk dijalankan ujian ke atas sampel DNA itu.

Menurut laporan TMZ, Ronaldo dikatakan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyediakan sampel DNA yang dikehendaki.

BACA JUGA :   Mat Dan Kini Dilantik Sebagai Ikon Pelancongan Negeri Terengganu

Christiansen, Peguam yang mewakili bintang bola sepak itu berkata bahawa tidak terkejutlah jika sampel DNA Ronaldo memang ditemukan kerana apa yang berlaku di hotel Las Vegas 2009 itu adalah atas dasar suka sama suka.

“Ronaldo tetap dengan pendiriannya sehingga hari ini bahawa apa yang terjadi pada tahun 2009 di Las Vegas adalah bersifat persetujuan (suka sama suka) jadi tidak terkejutlah jika memang ada sampel DNA ditemui,” jelas Christiansen pada sebuah portal.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here