Rokok seludup telah diharam oleh pihak berkuasa kastam. Denda tetap akan dikenakan kepada sesiapa sahaja yang menjual rokok ini.

Hukuman berat akan dikenakan sehingga mencecah RM500 000 dan penjara maksimum lima tahun. Namun, denda itu seolah-olah tidak menakutkan penjaja rokok seludup. Penjualannya masih berlaku di sekitar Kuantan.

L9sbjv5w o

Antara lokasi panas yang menjadi tempat penjualan rokok pelbagai jenama ini adalah di Jalan Pasar Baru. Walaupun pihak berkuasa telah membuat serbuan di kawasan berkenaan. Namun, masih ramai yang berdegil tetap ingin menjual rokok penyeludupan ini.

Empat penjaja telah ditahan semasa serbuan dilakukan. Mereka telah ditahan dan didakwa di Mahkamah Majistret di atas kesalahan menjual rokok seludup. Tertuduh Mohd Zuhaidi, 33, Mohd Razli,59, Saparuddin Dollah, 53 dan Fuad Mansor, 31 telah mengaku bersalah di atas tuduh terbabit.

BACA JUGA :   Kadar Kematian Covid-19 Lebih Tinggi Daripada Perokok

9uwterv5 o

Mereka yang disabitkan kesalahan akan dikenakan hukuman denda RM100 000 sehingga RM500 000 selain hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimun lima tahun. Pihak mahkamah juga akan menentukan hukuman terhadap semua tertuduh pada 21 Februari depan.

Mereka yang menjual rokok ini juga akan dikenakan denda 10 kali ganda nilai barangan atau RM100 000 sehingga 20 kali ganda nilai barangan atau RM500 000. Langsng tidak berbaloi jika anda menjual rokok seludup.

Obejrifo o

Mohd Saiful Abdullah iaitu Presiden Pendidikan & Penyelidikan untuk Pengguna-Pengguna Negeri Pahang berharap Pihak Kastam sentiasa membanteras penjualan rokok ini. Masih ramai yang kebal dan tidak takut dengan undang-undang.

Jumlah rokok seludup dalam operasi tidak mencapai jangkaan walaupun operasi serbuan itu dijalanan di kawasan panas. Walaupun serbuah telah dibuat namun semakin ramai yang menjual rokok seludup di Kuantan.

BACA JUGA :   Larangan Merokok di Premis Perniagaan Diperluaskan

Mk8w9avs o

Rokok seludup mudah dijual di bandar kerana ramai pelanggan yang akan mencarinya. Beliau juga berharap operasi tidak hanya bertumpu di kampung atau kawasan pedalaman sahaja.

Beliau tidak mahu imej Kuantan sebagai ibu negeri terjejas sekiranya penjualan rokok ini terus berleluasa. Pihak bertanggungjawab harus mempertingkatkan lagi tahap operasi untuk mengatasinya.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here