Sultan Pahang iaitu Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustafa’in Billah dilantik sebai Yang di-Pertuan Agong ke 16.
Pelantikan baginda telah membawa kegembiraan pelbagai lapisan masyarakat Pahang. Pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu setelah perletakan jawatan oleh Sultan Muhammad V.
Sutan Abdullah dipilh sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa pada 31 Januari 2013. Pemilihan Seri Paduka Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke 251 di Istana Negara.
Keputusan Majlis Raja-Raja memilih Sultan Pahang sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu sangat baik. Dalam tempoh kurang 20 hari menunjukkan permuafakatan antara Raja-Raja Melayu.
Keputusan pantas yang dicapai Majlis Raja-Raja menunjukkan kematangan dan kesediaan Raja-Raja Melayu dalam menghadapi sebarang kemelut yang berlaku.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Isamil iaitu Timbalan Perdana Menteri turut merafak sembah ucapan tahniah. Ucapan itu disampaikan melalui Twitter beliau kepada Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah yang dipiih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 16.
“Merafak sembah setinggi tahniah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempene diperkenan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. Daulat Tuanku”
Selain itu, kenyaatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad juga turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama. Berita ini juga telah memberi kegembiraan khususnya kepada masyarakat di negeri Perak.
Sultan Nazrin sememangnya dikagumi dalam dan luar negara kerana ketokohan baginda yang begitu terserlah. Sultan Nazrin selama ini yang banyak membantu dan mengambil alih tugas Sultan Muhammad V semasa baginda mengambil cuti selama dua bulan.
Kerajaan negeri Perak turut menjunjung kasih merafakkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Di atas pengisytiharan sebagai Timbalan Yang d-Pertuan Agong. Sembah tahniah itu disampaikan oleh Menteri Besar negeri Perak iaitu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.