Al-Quran palsu dan tidak sah makin senang dijual dan dibeli. Perbuatan ini akan mencemarkan kemuliaan kitab orang Islam.

Pihak yang mencipta al-Quran palsu atau tidak sah ini hanya ingin mengambil jalan mudah untuk memperoleh keuntungan. Sedangkan perbuatan pihak ini mencemarkan agama Islam. Perbuatan seperti ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Cs0rtyrw o

Sebanyak 178 unit  yang berharga RM23 140 telah berjaya dirampas. Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kedah di Sungai Petani berjaya bertindak. Hebat dan pantas sekali.

Tidak boleh dijual sesuka hati kerana bimbang kandungan itu menyalahi sama ada dari segi ayat dan baris. Malah boleh menyebabkan umat Islam salah membaca serta menyimpang jauh dari maksudnya.

BACA JUGA :   Daun Bidara: Untuk Menghalau Hantu Dan Menjaga Kesihatan Tubuh

3ctxtxpz o

Pengarahnya, Zaki Mohamed berkata, ianya dirampas kira-kira 12 tengah hari Khamis lalu hasil risikan anggota bahagian berkenaan selepas ia didapati dijual secara berleluasa di laman sosial terutama Facebook.

“Al-Quran ini ada kandungannya yang turut dieja dalam tulisan rumi sedangkan Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini sudah mengharamkan sebarang ejaan ayat suci al-Quran dalam tulisan rumi.

“Pihak kami dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mendapati al-Quran yang dirampas itu tidak mengikut konsep resam Usmani yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia,” (Sumber: Metro)

24vxwxwp o

Bulan lalu sahaja sudah sebanyak 28 unit  tidak mempunyai kelulusan KDN berjaya dirampas di pejabar pos di Kedah. Kerja yang pantas. Tahniah.

BACA JUGA :   Cadangan Kenakan Surcaj ‘Touch N Go’ di CIQ Masih Dalam Perbincangan

Operasi ini telah dijalankan di pejabat pos oleh beberapa anggota bahagian yang terlibat. Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sempadan setiap hari. Operasi ini dijalankan bagi mengesan al-Quran yang tiada kelulusan.

Qtxtgqpr o

Penjual yang tiada kelulusan KDN mereka boleh dikenakan denda mengikut Seksyen 8(1) (d) Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986. Jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM20 000 atrau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai boleh melihat sama ada kitab yang dibeli itu mendapat kelulusan atau tidak menerusi cop dan hologram KDN. Jika tiada kelulusan jangan beli, sebagai umat Islam kita harus bertanggungjawab supaya ibadah kita tidak sia-sia. (Sumber: Metro).

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here