Cepat 2 Saat, Lelaki Ini Selamat Dari Samun

0
658

Tular di laman Twitter semalam apabila seorang pemuda, @aranomilano atau namanya Hazran Adli, berkongsi kejadian yang menimpa dia dengan keluarganya apabila bapanya nyaris diserang geng penyamun di perkarangan rumahnya.

Nasib bapanya baik kerana dia sempat melarikan diri masuk ke dalam rumah dengan pantas kerana dikejar dua lelaki berparang, sebelum anaknya itu bertindak menahan pintu. Penyamun berparang itu kemudiannya bertindak menendang pintu rumah.

 

 

Kejadian tersebut telah dirakam menerusi kamera litar tertutup yang dipasang di sekitar kawasan luar dan dalam rumah mereka.

Kata mangsa, bapanya baru sahaja keluar dari kereta sebelum dua buah motosikal meluru masuk di perkarangan rumah sebelum menurunkan dua penyamun yang bersenjatakan parang.

BACA JUGA :   Isu Malaysia-Korea Utara: Adakah Keselamatan Malaysia Terancam?

Bapanya yang menyedari hal itu bertindak berlari masuk ke dalam rumah dan sempat menutup dan menahan pintu dari ditendang.

Rakaman dari CCTV itu menunjukkan geng penyamun tersebut datang bersama 7 orang dengan menaiki empat buah motosikal.

Setelah gagal memasuki rumah, penyamun tersebut bertindak memancitkan tayar kereta menggunakan parang sebelum melarikan diri dari rumah terbabit.

Hazran bersyukur kerana Allah telah menyelamatkan mereka sekeluarga dari terjadi perkara-perkara yang tidak diingini. Dia turut berpesan agar semua beringat dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

Kejadian tersebut telah dilaporkan kepada pihak polis dan pihak polis memberitahu bahawa mereka sudah lama menjejaki geng samun berparang ini, dan ini baru kali pertama geng ini masuk ke kawasan Puchong.

BACA JUGA :   'BLACK PANTHER' FILEM YANG PALING BANYAK DI TWEET 2018

Dia juga berterima kasih kepada mereka-mereka yang mengambil berat tentang halnya sekeluarga.

Berhati-hati ya, semua? Dalam kawasan rumah sendiri pun tak selamat sekarang. Berwaspada dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here