“Seorang lelaki ditahan kerana melakukan sumbang mahram dengan kakaknya sendiri, Sinar Harian(14 Januari 2018)”

“Seorang remaja perempuan telah dirogol oleh 6 orang lelaki kerana termakan pujukan, Astro Awani (7 Mac 2018)”

Pernah baca berita-berita ni? Berita ni merupakan antara ribuan berita yang dilaporkan melibatkan jenayah salah laku seksual terhadap wanita. Kebanyakannya melibatkan golongan remaja, malah ada yang terlibat masih lagi bersekolah!

Naif, mudah dipengaruhi, dan kurang pendidikan; inilah antara sebab mengapa remaja seawal 13 tahun sudah mula terjebak. Yang paling teruk, remaja perempuan yang terlibat adalah yang akan menerima kesan paling teruk.

Rasanya, sudah banyak kali statistik jumlah anak tak sah taraf yang dilahirkan dan jumlah bayi yang telah dibuang dipaparkan. Jumlahnya? Sangatlah membimbangkan! Isu ni dah selalu diperdebatkan. Salah siapa? Apa puncanya?

Jika selalu didebatkan mengenai apa yang menyebabkan kejadian ini terjadi atau siapa yang salah, ia adalah satu benda yang takkan sudah. Penyelesaian yang dikemukakan pun banyak.

Bagi remaja perempuan yang sudah pun menjadi mangsa, adakah debat ni akan menyelamatkan mereka? Mestilah takkan! Ada ibu bapa yang mengabaikan terus anak mereka yang menjadi mangsa. Tetapi ada yang masih menyayangi, cuba untuk menjaga mereka.

BACA JUGA :   4 Lipstick Matte Sesuai Dan Perlu Dicuba Untuk Beginners

Peluang Kedua Untuk Wanita Teraniaya

Bagi membantu remaja-remaja yang tersalah memilih laluan ini, Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah Selangor (Darwa) merupakan antara NGO yang tampil ke depan, melindungi golongan remaja perempuan yang telah teranaiya.

Berpengkalan di Jalan Kebun, Shah Alam, NGO ini memfokuskan kepada memberikan perlindungan sementara kepada para remaja perempuan yang telah teranaiya di samping sokongan moral, dan dan juga pemulihan moral, akhlak, dan spiritual.

Kebanyakan penghuni di Darwa ini merupakan remaja perempuan yang terlibat dengan seks luar nikah hingga mengandung luar nikah, terlibat dengan gejala sosial, yang cearu akidah, serta ada juga yang pernah menjadi mangsa penderaan.

Pengasas bersama Darwa, Hazlina Abd Razak menubuhkan Darwa bermula tahun 2009 sebelum secara rasminya didaftarkan sebagai NGO berdaftar. Darwa juga berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan juga Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM).

Bagi memberikan pendedahan berkenaan apa yang dilakukan oleh Darwa dalam memperkasakan nasib remaja perempuan yang telah teraniaya, sebuah majlis minum petang (hi-tea) akan diadakan di Shah Alam.

BACA JUGA :   Nak Belikan Hadiah Untuk Si Dia? Ini Tips Berguna Untuk Anda!

Majlis minum petang ini juga bertujuan untuk mengumpul dana bagi Darwa dan juga Darul Ummah. Dana yang dikumpulkankan akan digunakan bagi menampung kos-kos di Darwa termasuklah kos utiliti serta pentadbiran.

Majlis ini akan diadakan di Dewan Orkid, Kompleks PKPS, Shah Alam pada 16 Februari 2019 bermula jam 2 petang. Tempahan meja bagi majlis amal ini bermula daripada RM2,000 bagi setiap meja atau RM200 bagi setiap kerusi.

Hasil tempahan meja ini akan disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah Selangor (Darwa) bagi membolehkan lebih banyak remaja perempuan boleh dibantu pada masa akan datang.

Majlis amal Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah Selangor ini akan dirasmikan sendiri oleh isteri kepada Menteri Besar Selangor, Puan Masdiana Muhamad.

Sebarang maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan talian berikut:

Prof. Dr. Nor Zuraida (019-380 1273)

Puan Aishah (013-205 8813)

Puan Hidayah (019-363 6394)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here