Jam tangan keluaran Samsung Galaxy Smart Watch kali ini lebih kemas dan banyak fungsi. Anda pasti akan tegila-gilakannya kerana sememangnya begitu elegan.
Jika anda seorang yang gemar mengikut jadual harian dan begitu komited. Pasti anda mahu menjejaki semula setiap aktiviti yang dilakukan seharian. Memantau berapa ribu langkah berjalan sudah dibuat dan pada masa yang sama tidak mengabaikan gaya professional.
Kali ini Samsung Galaxy Smart Watch 46mm menyelesaikan segalanya. Jam ini boleh dijadikan diari tapi memantau aspek kesihatan pemakainya. Memang lain macam kan. Maklumlah dunia sudah semakin berkembang maju. Tidak ada mustahil.
Bateri jam ini juga tahan lama untuk tempoh lebih daripada tiga hari sebelum pegguna mengecas semula. Rekaan kali ini lebih moden dan Samsung berjaya menghasilkan sebuah peranti yang pelbagai fungsi.
Rekaan bentuknya yang menarik dan permukaan jam pintar ini menggunakan skrin bulat 1.2 inci SAMOLE dengan kekuatan resolusi 360 x 360 piksel. Binaan jam tangan ini menggunakan Gorilla Glass DX+ untuk memastikan jam tangan mampu menahan hentakan.
Peranti ini juga menggunakan pemproses Dwi-Teras Exynos 9110 pada tahap kelajuan 1.15GHz. Ianya sesuai dengan pelbagai aplikasi di dalam jam pintar berkenaan. Memori jam tangan ini pula adalah 786 Megabait (MB) dan storan pada kedua-dua model adalah sama iaitu 4GB. Memang gempak habislah.
Perbezaan bagi kedua-dua varian adalah untuk model kapasiti bateri bagi model 42mm adalah 270 mAh manakala untuk model 46mm bateri sebesar 472 mAh sesuai dengan spesifikasi jam berkenaan. Sistem pengecas jam pintar ini juga canggih kerana ia tidak menggunakan wayar.
Sebaliknya pemakai hanya meletakkannya di tapak pengecas Samsung Wireless Charger Duo dan jam berkenaan akan mengecas semula baterinya.
Paparan antara muka itu juga boleh diubah suai untuk melihat kapasiti bateri yang tinggi, jumlah langkah sehari, suhu semasa dan pelbagai lagi. Jam ini juga mempunyai dua butang di sisi kanan yang berfungsi sebagai kembali dan menu utama.
Sistem navigasinya adalah berpandukan gegelung putaran di bahagian pemuka jam berkenaan. Peranti ini antara yang terbaik pernah dipakai oleh penulis kerana memiliki pelbagai fungsi termasuk rekaan pemuka yang cantik.