Klang, 15 Februari 2019 – Kempen ‘Say No 2 Zina, Arak dan Dadah’ ini telah sempurna dilancarkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) dan dirasmikan oleh Ustazah Hazlina, pengerusi dan pengetua Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah (Darwa), di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Andalas, Klang, pagi tadi.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh wakil dari Pusat Pemulihan Dadah Persendirian Darussolihin yang diasaskan oleh Hairul Mohit.

SMK Sri Andalas dipilih menjadi tempat pertama pelancaran bagi Jelajah Bicara Cinta Menyentuh 10,000 Jiwa di bawah kempen ini, di mana ia berhasrat untuk mendekati golongan remaja, pendidik dan ibu bapa.

Menurut Ustazah Hazlina, Kempen ‘Say No 2 Zina’ diadakan sempena hari Valentine yang disambut semalam, tetapi dengan cara sambutan yang berlainan.

BACA JUGA :   PAS Isytihar Cuti 10 Mei Jika Berjaya Tawan Terengganu

“Sebagai sebuah pertubuhan yang beroperasi hampir satu dekad dan mengkhususkan dalam hal-hal berkaitan kes hamil luar nikah, kami menyokong penuh usaha-usaha, pencegahan, kesedaran, advokasi, penguatkuasaan dan pemulihan bagi mendepani isu-isu ini.”

“Berdasarkan pengalaman kami, kes-kes kehamilan luar nikah ini sering terkait sama dengan isu pengambilan arak dan dadah. Kes ini berlaku bukan sahaja dalam kalangan remaja bahkan wanita dewasa.”

Kempen ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Anjang Terra Rossa yang mendendangkan lagunya.

Tambah beliau, kerjasama dengan pihak SMK Sri Andalas ini adalah salah satu cara yang baik untuk memulakan kempen ini kerana anak-anak remaja perlu didedahkan dengan kempen sebegini.

Pengetua SMK Sri Andalas, Puan Kalsom, menyatakan program yang diadakan adalah sangat baik kerana ia memberi pendedahan kepada para pelajar untuk menjauhi zina, arak dan dadah.

BACA JUGA :   Darul Wardah Pusat Perlindungan Kepada Wanita.

Beliau menambah, pelajar-pelajar hari ini sangat terdedah kepada pelbagai sumber yang boleh menyebabkan mereka boleh terjebak sekiranya mereka tidak berhati-hati atau tidak diberikan pendedahan.

Dengan perkongsian dan apa yang disampaikan oleh Ustazah Hazlina sangat menarik dan boleh membuka mata para pelajar.

Kami percaya bahawa menerusi cadangan, kritikan, pendidikan, latihan, kesedaran, penguatkuasaan dan pemulihan, kempen dan jelajah ini akan dapat membina masyarakat yang lebih baik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here