Mesin ATM dilekatkan Peranti Pengodam.

0
1190

Mesin ATM pun boleh digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Dunia makin canggih dan jenayah dilakukan semakin luar biasa.

Mereka yang melakukan jenayah ini bukanlah orang yang biasa-biasa. Hal ini memandangkan mereka memerlukan keupayaan IT yang tinggi. Segala yang dirancang haruslah teliti kerana ia melibatkan segala sistem IT.

Yvltlepk o

Polis telah berjaya tiga lelaki dan merampas peranti godam mesin pengeluaran wang automatik (ATM). Peranti itu dilekatkan di mesin berkenaan di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Jika mereka tidak ditangkap atau kantoi sudah pasti ramai yang akan kehilangan wang. Segala data dan maklumat peribadi akan bocor kerana sudah dilekatkan peranti godam di mesin ATM. Ia sememangnya sangat luar biasa.

BACA JUGA :   Kantoi Nak Lesapkan Duit Pak Cik Sebab Buat Laporan Palsu

Gacmhoov o

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, lelaki berusia 30 hingga 48 tahun itu melekatkan mesin pengimbas pada ruang masuk kad ATM.

“Pada jam 9.30 malam, polis menerima maklumat dari orang awam mengatakan terdapat peranti mencurigakan di mesin ATM berkenaan.

“Susulan itu lima anggota membuat pemeriksaan di mesin ATM yang terletak di kedai serbaneka 24 jam di Jalan Bukit Bintang kelmarin,” (Sumber: Metro)

Zrmbbwhh o

Shaharudin berkata, selepas pemeriksaan dilakukan terdapat dua alat mencurigakan yang ditampal di bahagian masuk kad ATM dan papan pemuka mesin berkenaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut alat berkenaan adalah pengimbas kad debit dan kredit manakala satu lagi ialah alat perakam video.

BACA JUGA :   Ini Nilai Sebenar Wang Tunai Yang Disorok Di Kondo Najib Razak

“Polis kemudian memeriksa tiga lelaki yang berada tidak jauh dari mesin ATM berkenaan dan menahan mereka,” (Sumber: Metro)

7wvngach o

Katanya, polis merampas seunit komponen pengimbas kad kredit dan debit serta alat perakam video untuk siasatan lanjut.

“Ketiga-tiga lelaki berkenaan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. (Sumber: Metro)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here