‘Bumi sudah tua’. Itu yang sering kita dengar apabila keadaan bumi semakin tidak stabil dan banyak belakunya fenomena-fenomena alam yang membimbangkan.
Terbaru, sekumpulan saintis mendakwa besar kemungkinan terjadinya ‘mini ice-age’ akan melanda bumi pada tahun 2030, berikutan pemanasan global yang semakin membimbangkan.
Kajian oleh para saintis berkenaan adalah berdasarkan teori yang diperoleh daripada model matematik medan magnet matahari yang mana mensasarkan suhu bumi secara keseluruhannya akan turun bermuka tahun 2021.
Penurunan suhu ini turut dikenali sebagai ‘Maunder minimun’, yang merujuk kepada zaman ais yang pernah berlaku pada bumi sekitar tahun 1646 hingga 1715, yang menukarkan sungai London kepada ais secara keseluruhannya.
Seorang professor dari Northumbria University, Valentina Zharkova turut membuat laporan bahawa perubahan medan magnet matahari akan bermula pada tahun 2021, dengan bacaan tertinggi pada Cycle 25 pada 2022 dan ia akan menurun dengan cepat pada tahun berikutnya sebanyak 60%.
Namun, professor berkenaan turut menjelaskan bahawa model dan teori berkenaan hanyalah 97% tepat.
Fenomena cuaca sejuk melampau ini sudah dapat dilihat di Amerika Syarikat yang dilanda cuaca sejuk melampau.
Ia dikatakan berpunca daripada fenomena vorteks kutub atau polar vortex yang menyebabkan suhu di Fargo, North Dakota menjunam hingga -35 darjah celcius, suhu -50 darjah celcius direkodkan akibat angin kencang di Chicago.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS memberi amaran angina sejuk ini mencecah -32 darjah celcius mampu membekukan kulit dalam tempoh 15 minit.
Menurut pakar ribut, ia bermula dengan gelombang panas tidak menentu dari Maghribi. Kemudian, udara sejuk biasa terletak kira-kira 30 kilometer di atas Kutub Utara menjadi panas dengan cepat pada suhu kira-kira 70 darjah celsius, iaitu vorteks kutub.
Perubahan suhu yang cepat itu disebabkan oleh aliran udara panas dari selatan yang kemudiannya terbelah menjadi vorteks kutub dan bergerak menjadu pecahan kecil yang salah satunya tiba di tengah AS.